Mereka mengatakan Persepsi akan menjadi Wadah Penyampai Internet Paling HOT di Malaysia
Showing posts with label Sudut Pandangan Anda. Show all posts
Showing posts with label Sudut Pandangan Anda. Show all posts

PERINGATAN SAHAJA | Trend ber'SELFIE' Punca Kematian seorang doktor Haiwan

Written By PERSEPSI ANDA on Tuesday, August 5, 2014 | 5:47 PM

Remaja ini mati disebabkan Aksi SELFIE
TINDAKAN seorang doktor haiwan merakam gambar selfie dengan aksi bersama sepucuk pistol membawa padah apabila dia maut tertembak diri sendiri di Mexico.

Mangsa, Oscar Aguilar sebelum ini dilihat agak teruja berselfie sehingga merakamnya apabila bertemu setiap benda yang dirasai kelainan seperti kereta sukan mewah, motosikal berkuasa tinggi, dan sesuatu yang menarik perhatian wanita.

Bagaimanapun, obses lelaki warga Mexico itu memakan diri apabila dia meminjam sepucuk pistol untuk merakam selfie terbaru.

Jirannya, Manfredo Paez, 57, memberitahu, dia terdengar bunyi letupan sebelum terdengar jeritan.

Jelasnya, apabila tiba di rumah pemuda berkenaan, dia mendapati mangsa berada dalam keadaan kesakitan kerana tertembak.

Polis memberitahu, mangsa yang mati ketika dalam perjalanan ke hospital tidak mengetahui bahawa pistol yang dipinjam mempunyai peluru.

Adakah BERBALOI kematiannya disebabkan mahu mencari kelainan ketika buat aksi SELFIE  ?
5:47 PM | 0 comments

FITNAH : ISRAEL TUDUH MALAYSIA LATIH SHIN BET UNTUK SERANGAN RENTAS SEMPADAN

Written By PERSEPSI ANDA on Thursday, July 31, 2014 | 7:04 PM

FITNAH : Pergerakan Hamas menafikan tuduhan Agensi Keselamatan Israel, Shin Bet bahawa Malaysia melatih anggotanya untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

Pemimpin Kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi menegaskan rejim Zionis Israel mengolah propaganda untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza.

"Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin," kata Khaled ketika dihubungi Astro AWANI.

Hamas juga menyifatkan Malaysia menjadi sasaran penipuan Tel Aviv kerana peranan luar biasa Kuala Lumpur dan masyarakat sivilnya dalam memperjuangkan Palestin di pentas global.

"Israel adalah penipu besar. Kenapa tuduh Malaysia? Kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus sengsara," tegas Dr Khaled.

Justeru, Hamas menyeru semua pihak di Malaysia tidak terpengaruh dengan penipuan dan permainan propaganda Israel.

Dr Khaled mengulas laporan Jerusalem Post yang mendakwa anggota Briged Al-Qassam menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

Shin Bet menuduh unit komando Hamas itu menerima latihan seperti payung terjun dan 'paragliding' untuk memasuki kawasan selatan wilayah Israel.

Agensi Keselamatan Israel itu juga mendakwa ada anggota Hamas dijadual untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini.

Dalam pada itu, Dr Khaled turut memaklumkan Hamas akan terus bertahan dalam mendepani serangan berterusan dan menyeluruh rejim Tel Aviv di Gaza.

"Kami tiada jalan lain selain mempertahankan diri. Hamas akan terus berjuang mempertahankan Gaza dan menyerang sasaran strategik ketenteraan Israel," ujar beliau.

Selain perjuangan melalui gerakan gerila, Hamas meneruskan usaha melalui jalan politik dan diplomasi antarabangsa dalam mendepani kekejaman rejim Israel. Astro Awani
7:04 PM | 0 comments

Sarung Tangan AzizulHusni Tertera Slogan Save Gaza Jadi ISU sukan Komanwel ?

Written By PERSEPSI ANDA on Friday, July 25, 2014 | 2:58 PM

SUKAN KOMANWEL, GLASGOW SCOTLAND
KUALA LUMPUR: Sarung tangan yang digunakan oleh pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang tidak menggembirakan pihak penganjur Sukan Komanwel.

Menurut laporan The Guardian, sarung tangan yang tertera slogan 'Save Gaza' berbaur protes politik.

Jurucakap kejohanan itu berkata mereka telah meminta Ketua Kontinjen untuk membuat laporan sebelum sebarang tindakan diambil ke atas Azizul.

Pelumba negara itu mengenakan sarung tangan itu sewaktu bertanding di peringkat suku akhir dalam acara lumba basikal pada Khamis.

Semua yang dibuat serba tak kena di mata "mereka" FITNAH apa pula yang akan disebarkan?
2:58 PM | 0 comments

PERSEPSI : GADIS SEKSI BERSERONOK DAHULU KEMUDIAN KERETA MASUK PARIT

Written By PERSEPSI ANDA on Thursday, July 17, 2014 | 2:33 PM

GADIS SEKSI BERSERONOK DAHULU KEMUDIAN KERETA MASUK PARIT











Malang Tidak Berbau. Mungkin ini antara Pepatah Melayu  yang seringkali dikaitkan apabila seseorang berhadapan dengan kecelakaan.






Gadis seksi mandi di parit

Namun ada perkara yang boleh dipelajari dan dijadikan ikhtibar selepas apa yang berlaku dan melalui gambar yang hangat dikongsikan di laman sosial pada ketika ini.

Sesetengah orang berpendapat "jangan sibuklah jaga kain sendiri sudah","kubur masing-masing biarlah", "korang ni, nnti bile kene dgn btang hidung korang baru korang tau".

Memang BETUL kata mereka melalui satu sudut pandangan yang lain. Tetapi tak salah jika anda kongsikan kata-kata nasihat yang mungkin lebih bermanfaat dan berguna bukan sahaja kepada gadis seksi ini tetapi untuk remaja yang berada di luar sana juga.

Dari ADMIN " Semoga ini akan menjadi pengajaran terbaik kepada semua ".
2:33 PM | 0 comments

PERSEPSI ANDA : Hanya Kerana Kereta, Wanita Berkelakuan Melebihi Batas Kepada Orang Tua

Written By PERSEPSI ANDA on Wednesday, July 16, 2014 | 3:57 PM

Walaupun dikasari, lelaki tua berkenaan tetap tenang dan menawarkan untuk membayar ganti rugi bagi kerosakan. 

PETALING JAYA: Syarikat telekomunikasi Digi menawarkan untuk membayar semua kerosakan yang ditanggung seorang lelaki warga tua gara-gara dimarahi seorang perempuan yang dikatakan sebagai 'pembuli jalan raya' dalam satu kemalangan di Kuantan.

Tawaran itu yang telah dipaparkan di laman Facebook telah dikongsi sebanyak 850 kali dan menerima lebih daripada 1,530 'like'.

"Perkara ini mungkin tidak dapat dikawal tetapi kami melihat kesabaran lelaki itu yang menunjukkan kepada kita nilai empati.

"Pak Cik, jika anda membaca ini, sila beritahu kami di ruangan komen di bawah. Kita dengan rela hati akan membayar kos membaiki kereta anda.

"Bagi yang kecewa, kami tahu ia adalah satu keadaan yang sukar tetapi jika anda boleh memberikan kemaafan ikhlas dari hati anda, kami akan membaiki kereta anda juga," kata 'posting' itu.

Video kejadian itu telah dimuat naik ke Youtube dan merebak serta-merta. 

Dalam video itu, perempuan itu menyerang dan menjerit memanggil lelaki itu "sangat bodoh", melemparkan kata-kata berbaur perkauman dan menuntut dia membayar RM2,000 sebagai pampasan.

Walaupun dikasari, lelaki tua berkenaan tetap tenang dan menawarkan untuk membayar ganti rugi bagi kerosakan.

SUDUT PANDANGAN ANDA : Kongsikan kepada kami apakah tindakan Wanita tersebut bole dikategorikan sebagai Kurang Ajar atau Masih boleh dimaafkan atas dasar "Manusia Tidak Lepas Buat Salah". Sekadar Bertukar Pandangan.

-djkupang.com
3:57 PM | 0 comments

PANDANGAN ANDA MENGENAI LELAKI YANG MENGAKU USTADZ MENCABUL DI WAD BERSALIN

PERSEPSI ANDA : APAKAH YANG TERFIKIRNYA?

Terbaru, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ella Sandera telah berkongsi pengalamannya yang hampir menjadi mangsa cabul seorang ‘ustaz palsu’ di wad bersalin sebuah hospital, semalam.

Berikut merupakan antara statusnya:

“Syukur alhamdulillah.. allah menyelamatkan sy dr jadi mangsa cabul ustaz celop..
Kejadian berlaku di ward bersalin pagi tadi.

Ustaz : sy ustaz din dari darul shifa, datang nak urut perut, kalau baby songsang sy boleh betulkan, ada air apa2 sy boleh bacakan dan sy boleh bagi baby bila kuar nanti jadi anak yg soleh.



Sy: terkedu seketika.. dan berfikir( siapa dia ni, kenapa nak urut perut aku?)

Ustaz: baring sekarang dan buka kain, sy nak urut perut

Sy: ha?? Terus baring tapi was2.. dan bangun balik, “maaf ustaz sy segan lelaki tengok perut sy”

Ustaz: takpe, baring sekarang dan buka kain, sy ustaz jgn risau, sy boleh baca2kan..(kepala sekejap2 toleh ke pintu masuk ward mcm takut org masuk)

Sy: haaaa? Kau ni biar betul suka2 hati nak urut perut aku pepagi camni, kau siapa, datang dr mana, betul ke ustaz? Sambil berfikir lagi dgn was2.

Ustaz: kaki awk bengkak ni

Sy: eh eh.. suka2 engkau je.. bila pulak kaki aku bengkak.. (berfikir lagi)

“Sy tak nak” kalau sy nak buka kain sy biar suami sy ada sebelah sy” kalau ustaz nak urut tggu suami sy ada sekali.

Ustaz: kalau macam tu ambil no fon sy dan minta no fon awk

Sy: sy tulis no fon suami

Ustaz: kepala toleh2 ke pintu masuk mcm ada yg tak kena dan tangan sekejap2 sapu anu dia.

Sy: sah dia ni tak betul…. suka2 hati kau nak pegang perut aku.. kau ustaz ke gila sex (berfikir lagi) masih dlm meadaan terkejut.

Nurse nak masuk dia terus keluar.

Terus tanya kat nurse betul ke hospital ni ada ustaz yg urut2 perut ppuan peknen ni? Sah!!!!!! Nurse dan doctor kata takde, dan kalau ada pun hospital ni akan upah ustazah sajaha bukan uztaz. Dan satu org pun tak kenal siapa ustaz yg menamakan diri dia USTAZ DIN tadi.. pihak security sedang memeriksa cctv untuk sy buat pengecaman.

Ya allah… nasib baik tak turut kehendak lelaki tadi, agak2 apa la nasib malang pagi ni kalau buka kain tadi.

Kepada semua ibu2 mengandung atau wanita2 yg berada di ward dan hospital, sila berhati2. Jangan cepat percaya dgn orang yg anda tak kenal.

Allah menyelamatkan sy hari ini.
Jangan jadikan diri anda mangsa cabul.

"Sila share info ini.”


(STATUS 2)


(STATUS 3)

“Terbaru.. dari ustaz penipu tu..

Dia ada coll no hp yg sy bagi pagi tadi( terbagi no fon sbb dalam keadaan was2)

Ustaz penipu : siapa ada di dalam bilik ward awk? Ada doc tgk check ke? Ramai ke dalam tu?

Sy: takde org (niat nak perangkap dia balik)

Ustaz penipu: suami awk dtg pukul berapa?

Sy: suami sy dtg dalam tengahari

Ustaz penipu: kalau macam tu sy datang awal skit lah

Sy: kalau sy tak nak buat urutan perut tu boleh?

Ustaz: awk tak yakin dengan sy, awak jangan main2 dengan sy, awak tak kenal siapa sy.. terus matikan call

Sy: eh eh.. marah pulak kalau aku taknak buat..

Dia call lagi sekali…

Ustaz penipu: awk tak kenal siapa sy.. awk jgn main2 dgn sy. Semoga anak awak lahir macam “haiwan”!!

Sy: awk nak apa sebenarnya? Awk nak sy report polis ke? Sy akan report polis.

Ustaz penipu: terus matikan call

Eh.. tak nak buat urut perut marah pulak..dah la tanya soalan pelik2, nampak sangat memang niat tak baik..

Suami dah buat report dah. No fon yg dia bagi dan no fon yg dia call dua2 no berlainan.. no yg dibagi tak ujud.

No dia call dah simpan utk record dlm laporan.

Geramm.. nak doakan anak sy lahir macam haiwan pulak. Kenapa? Sebab tak dapat mangsa harini ke?”




Justeru, kami harapkan agar para pembaca berhati-hati dengan keadaan sekeliling dan pastikan anda tidak mudah bersetuju dengan permintaan orang luar yang baru ditemui.
8:07 AM | 0 comments

PERSEPSI : Kali ini Kilang Roti Pula yang Kotor di Perak

Written By PERSEPSI ANDA on Tuesday, July 15, 2014 | 4:12 PM

Pandangan Anda : Lagi Kilang Roti Pula Yang Kotor

Susulan sebuah kilang roti di Perak dilaporkan beroperasi dalam keadaan jijik, siasatan telah dilakukan lalu kilang tersebut telah diarahkan tutup oleh Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk).

Jenama roti ini benar-benar telah menipu orang ramai apabila menggunakan sijil halal sebagai salah satu cara melariskan jualan. Hakikatnya ia beroperasi dalam keadaan tidak bersih dan menggunakan logo halal tanpa perakuan Jaipk.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar premis yang pasti meloyakan tekak sesiapa sahaja yang melihatnya:




Tapi kalau tengok produk yang dihasilkan kilang ini dan dijual di rak-rak kedai runcit dan pasaraya, nampak macam comel dan gebu saja..

Nampaknya, kilang ini bakal mengikut jejak langkah Bihun Cap Masjid.

Semoga lebih banyak kes seperti akan dibongkar agar pengguna tidak lagi tertipu dek peniaga yang mementingkan keuntungan semata-mata hingga mengabaikan aspek kebersihan.

Pada masa sama semoga ia menjadi pengajaran kepada peniaga yang sewenang-wenangnya mempermainkan sijil halal. 
4:12 PM | 0 comments

Sudut Pandangan Anda : Hitler Itu Ada Benarnya

Ketika saya menulis rencana ini (pada Hari Sabtu) saya sedang berada di Osnabruck, Jerman. Pada Hari Jumaat semalam saya memberikan ceramah ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama Masjid Ibrahim. Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab.

Saya berucap dalam bahasa arab mengenai isu semasa umat Islam sekarang khususnya Palestin. Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah dengan berani dan bersemangat tentang isu Gaza. Bahkan beliau berkempen agar ahli jamaahnya menyertai demonstrasi aman membantah kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Saya melihat satu keperluan apa yang beliau kempenkan, sebab di Berlin telah dibuat demonstrasi besar menyokong tindakan Israel. Malanglah jika ada masjid di Malaysia yang tidak berani mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya bercadang hendak ke Berlin untuk berjumpa dengan beberapa pihak.

Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem ‘Combat’ semasa zaman tersebut.

Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri ‘Combat’ tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika.

Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak ‘Nazi’nya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.

Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia.

Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.

Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?

Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi.

Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.

Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.

Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam.

Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.

Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.

Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.

Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi s.a.w. Maka mereka pun diusir.

Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.

Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.

Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.

Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.

Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:

    “Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”.

    Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka:

    “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?”

    Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”.

    Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”.

    Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”.

    Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”.


    Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”.

    Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”.

    Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).


Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan.

Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya..
JUST SHARE Maza.com
5:44 AM | 0 comments

MH370 : Akhirnya Kakak Kandung Kapten Zaharie Buka Mulut

MH370 : Akhirnya Kakak Kandung Kapten Zaharie Buka Mulut

SINGAPURA - Kakak kandung juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, akhirnya tampil ke hadapan demi mempertahankan adiknya dari terus didakwa sebagai individu yang bertanggungjawab ke atas kehilangan pesawat tersebut.

Sakinah Ahmad Shah yang selama ini memilih langkah untuk berdiam diri dengan segala dakwaan dan spekulasi mengaitkan Zaharie dengan kehilangan MH370 memilih untuk bersuara menerusi satu temubual dalam program ‘The Mystery of MH370’ bersama sebuah rancangan televisyen NewsAsia Channel.

“Individu yang merancang semua ini mestilah seorang yang cerdik dan bersifat 'Einstein'. Tak akan ada individu yang sanggup memanjangkan masa penerbangan sehingga empat, lima atau enam jam hanya untuk melakukan misi bunuh diri.

“Dia (Zaharie) hanya seorang lelaki yang terlalu meminati dunia penerbangan, dia banyak menghabiskan masa dan duit dengan membeli model-model kapal terbang.

"Kalau boleh, dia mahu pasang sayap pada badannya dan terbang. Itu menunjukkan bahawa dia terlalu meminati dunia penerbangan,” katanya menerusi temubual tersebut.

Persoalan demi persoalan mula dibangkitkan sejak kehilangan MH370 menjadi sebuah misteri sehingga membabitkan kerjasama dan siasatan yang melibatkan 26 buah negara berbeza.

Juruterbang pesawat tersebut, Zaharie turut menjadi suspek utama bagi insiden kehilangan kapal terbang itu.

MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapalnya hilang sejak 8 Mac lalu dan usaha bagi mengesan pesawat tersebut masih dijalankan sehingga kini.
5:03 AM | 0 comments

Pandangan Anda : Kronologi Pencerobohan Serangan Hendap di Pulau Mabul, Negeri Sabah

Written By PERSEPSI ANDA on Monday, July 14, 2014 | 6:15 PM

Pulau Mabul merupakan sebuah resort yang sangat dikenali di Sabah
Berikut adalah Kronologi Pecerobohan Serangan Hendap di Resort Pulau Mabul, Negeri Sabah yang diperolehi dari sumber carian di internet. 

Apakah yang boleh anda kongsikan melalui Sudut Pandangan Anda?

6:15 PM | 0 comments

Pandangan Anda : Ikan Patin diberi makan Babi?

Written By PERSEPSI ANDA on Thursday, July 10, 2014 | 5:22 AM

IPOH - Jika tidak kerana saluran pembetung pecah, taktik pengusaha sebuah kolam menternak ikan air tawar di Jalan Ipoh-Batu Gajah, dekat Papan, di sini, menjadikan haiwan dipercayai babi sebagai makanan ikan patin tidak akan terbongkar.

Segala-galanya bermula menerusi pendedahan individu yang menyiarkan beberapa gambar penemuan tulang haiwan yang didakwa babi di laman sosial yang kemudiannya menjadi viral apabila dikongsi lebih 26,000 warga maya.

Individu yang bertanggungjawab mendedahkan maklumat itu, Mohamad Khirul Adnan Hamid, 26, berkata, penemuan awal kolam tersebut berpunca daripada maklumat diterima daripada seorang rakan tiga hari lalu.

“Yang disampaikan pada saya pada mulanya bukanlah kolam ikan patin seperti mana yang kita lihat, sebaliknya dia hanya katakan di situ ada sebuah lombong emas,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Mohamad Khirul berkata, sebaik mendapat maklumat, dia bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kawasan sekitar dipenuhi orang ramai pelbagai bangsa menangkap ikan.

“Seolah-olah seperti ada ‘pesta’ pada ketika itu, yang datang lihat pun ada, yang datang kutip ikan pun ada. Tapi, saya ada tegur kepada pengunjung Islam, jangan tangkap ikan tersebut, saya cakap ikan tu makan babi, mereka faham.

“Ketika itu juga saya terlihat lambakan tulang serta kepala babi di sekitar dan dalam kolam. Lebih mengejutkan adalah, saya dapat lihat dengan mata dan kepala sendiri,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di kolam berkenaan mendapati, tulang-tulang haiwan terbabit tidak begitu kelihatan berbanding gambar yang tersebar. Ketika itu, wakil Pejabat Perikanan Negeri Perak dan wakil Pejabat Daerah dan Tanah Kinta baru selesai membuat pemeriksaan di tempat itu.

Berdasarkan keluasan kira-kira 1 hektar, dianggarkan ribuan ikan air tawar khususnya ikan patin diternak di dalam kolam itu.

Terkejut, tak tahu


Penduduk, Ammar Mustaqim Ali, 23, berkata, walaupun sering menggunakan jalan utama berdekatan kolam ikan terbabit, dia langsung tidak tahu menahu akan kejadian yang berlaku sehinggalah ia disebarkan melalui laman Facebook, semalam (kelmarin).

“Memang tak tahu dan penemuan ini mengejutkan memandangkan selama ini saya anggap kolam itu kolam ikan biasa saja,” katanya.

“Bukan untuk lahirkan suasana yang kurang enak tetapi bagi saya seseorang penternak yang bertanggungjawab seharusnya menghormati kehidupan, pemakanan dan budaya seseorang Muslim,” katanya.

Siasatan awal dakwa tulang babi

Jabatan Perikanan Perak tidak menolak kemungkinan kolam ikan patin yang terletak di Jalan Ipoh-Batu Gajah dekat Papan, di sini, dipenuhi dengan timbunan tulang dan serpihan rangka babi.

Ketua Cawangan Pembangunan Akuakulturnya, Noraisah Hashim berkata, buat masa ini perkara terbabit belum boleh disahkan, namun berdasarkan anatomi bentuk struktur angka yang ditemui, pihaknya tidak menolak ia mirip haiwan berkenaan.

“Kalau dilihat dari pandangan mata kasar, anggapan kami ianya adalah serpihan tulang dan rangka babi namun kami belum boleh memberikan jawapan sebenar kerana perkara tersebut masih dalam siasatan,” katanya.

Noraisah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung isu berkenaan kira-kira jam 2 petang kelmarin selepas ia tersebar secara meluas di laman media sosial Facebook.

“Kami menerima maklumat itu selepas beberapa kakitangan kami menyedari isu terbabit selepas ia dikatakan kecoh di Facebook.

“Oleh itu, beberapa pegawai dan anggota diarahkan ke tempat kejadian untuk membuat siasatan awal,” katanya.

Menurutnya, kolam ikan patin itu juga merupakan sebuah kolam semula jadi yang digunakan pemilik untuk menternak pelbagai spesies ikan air tawar terutamanya jenis patin.

“Daripada bangkai yang ditemui kami percaya pemilik menternak ikan daripada jenis patin, namun terdapat juga ikan air tawar sepertitalipia, belida dan haruan yang turut ditemui di dasar kolam.

“Malah, kolam itu juga menggunakan air bukit berhampiran sebagai sumber kolam berkenaan,” katanya.

Sukar siasat: JAIPK

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) mengesahkan mengetahui tentang kejadian berkenaan, bagaimanapun belum ada sebarang tindakan dibuat.

Menurut sumber jabatan berkenaan, pihaknya masih meneliti perkara tersebut bagi melihat bidang kuasa tugas untuk mengendalikan isu itu.

“Jika kolam berkenaan berdaftar dan ada memohon sijil halal, kita akan bertindak. Tetapi jika ia tidak berdaftar, maka sukar untuk kita bertindak.

“Kita tidak boleh bertindak di luar bidang kuasa. Kolam ini milik persendirian dan terpulang kepada pemilik bagaimana untuk mengusahakannya. Takkan kita nak pergi sita,” katanya.

Menurutnya, cuma inisiatif yang akan buat mungkin mengadakan perbincangan dengan pemilik kolam untuk menjalankan penternakan mengikut garis panduan Islam.

Jangan takut jika

sudah termakan Umat Islam tidak perlu takut jika sudah termakan sesuatu sumber yang tidak diketahui telah tercemar dengan unsur najis seperti babi.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, sumber tersebut masih dalam kategori yang harus dimakan jika makanan utama bercampur antara yang najis dan bukan najis.

“Keadaan ini termasuk dalam konsep istihlak iaitu pencampuran najis yang sedikit dan najis yang banyak, jika ikan tersebut makan benda suci lebih banyak daripada benda najis, maka ia tidak menjadikan seluruh tubuhnya menjadi najis dan masih harus untuk dimakan.

“Bagi yang memang sumber makanan tersebut hanya memakan babi, dan umat Islam tidak tahu serta termakan, ulama sepakat mengatakan mereka dimaafkan,” katanya, semalam.

Beliau mengulas mengenai dakwaan sebuah kolam menternak ikan air tawar di Ipoh yang didakwa menggunakan bangkai babi sebagai makanan ikan.

Menurutnya, dalam kes ini konsep Istihalah juga boleh berlaku (proses perubahan zat yang membolehkan bahan-bahan haram berubah menjadi halal) kerana ia telah diproses dan berlaku secara semula jadi tanpa ada campur tangan manusia sehingga menjadikan ia harus dimakan.
5:22 AM | 0 comments

Sudut Pandangan Anda : Wanita Dicerai selepas Suami melihat Gambar Pada Malam Pertama

Seorang pengantin lelaki menceraikan isterinya pada malam perkahwinan mereka selepas menerima gambar intim wanita berkenaan daripada bekas kekasihnya.

Pasangan itu meraikan majlis perkahwinan mereka di sebuah hotel apabila pengantin lelaki itu diberi bunga dan sampul mengandungi kad memori di samping nota yang menggesanya melihat gambar isterinya dalam kad itu.

Kerana terkejut selepas melihat gambar itu, dia mengambil keputusan menceraikan isterinya ketika itu juga, lapor akhbar Sabq, memetik cerita seorang pendakwah, Shaikh Ghazi Bin Abdul Aziz Al Shammari. (RIYADH)

Menurut laporan itu, pengantin perempuan dihubungi bekas kekasihnya empat hari sebelum majlis perkahwinannya.

Bekas kekasih wanita itu memaksa mereka bertemu malah mengancam mendedahkan hubungan mereka kepada bakal suaminya jika dia enggan berbuat demikian.

Wanita itu memberitahu bekas kekasihnya agar melupakan hubungan mereka kerana dia mahu menempuh hidup baru bersama suami dan mempunyai keluarga.

Rayuan wanita itu tidak diendahkan malah bekas kekasihnya yang tidak berpuas hati bertindak menghantar bunga bersama gambar pengantin perempuan yang mengakibatkan dia dicerai.

- Agensi

1. Menurut pandangan anda adakah tindakan suaminya itu adalah TEPAT?
2. Andainya anda berada di tempat suami apa pula Tindakan Anda?
5:04 AM | 0 comments

Sudut Pandangan Anda : Berapa Nilai Seorang Jurugambar ?

BERAPA NILAI SEORANG JURUGAMBAR/FOTOGRAFI DI MATA ANDA?

Gambar Hiasan : Jurugambar di Pesta Tahun baru Cina Kg. Salimpodon Laut 2014
Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 15,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Gambar Hiasan - Jurugambar di Hongkod Koisaan
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.
Fadzlie Baharun - Individu yang banyak mengajar Admin 

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.


Dipetik dari djkupang.com
1:53 AM | 0 comments

Kategori Pilihan

Enter your email address:

Iklan Teks

TOYOTA AVANZA FOR RENT Kota Kinabalu

Price RM 170/Day & Discount for more than 3 days.

For more information please contact:
- 019-8081884 (Andy)


Blog Archives


Total Pageviews

 
 Online Users