Mereka mengatakan Persepsi akan menjadi Wadah Penyampai Internet Paling HOT di Malaysia
Showing posts with label Akhir Zaman. Show all posts
Showing posts with label Akhir Zaman. Show all posts

Sudut Pandangan Anda : Hitler Itu Ada Benarnya

Written By PERSEPSI ANDA on Tuesday, July 15, 2014 | 5:44 AM

Ketika saya menulis rencana ini (pada Hari Sabtu) saya sedang berada di Osnabruck, Jerman. Pada Hari Jumaat semalam saya memberikan ceramah ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama Masjid Ibrahim. Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab.

Saya berucap dalam bahasa arab mengenai isu semasa umat Islam sekarang khususnya Palestin. Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah dengan berani dan bersemangat tentang isu Gaza. Bahkan beliau berkempen agar ahli jamaahnya menyertai demonstrasi aman membantah kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Saya melihat satu keperluan apa yang beliau kempenkan, sebab di Berlin telah dibuat demonstrasi besar menyokong tindakan Israel. Malanglah jika ada masjid di Malaysia yang tidak berani mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya bercadang hendak ke Berlin untuk berjumpa dengan beberapa pihak.

Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem ‘Combat’ semasa zaman tersebut.

Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri ‘Combat’ tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika.

Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak ‘Nazi’nya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.

Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia.

Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.

Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?

Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi.

Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.

Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.

Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam.

Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.

Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.

Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.

Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi s.a.w. Maka mereka pun diusir.

Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.

Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.

Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.

Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.

Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:

    “Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”.

    Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka:

    “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?”

    Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”.

    Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”.

    Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”.

    Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”.


    Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”.

    Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”.

    Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).


Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan.

Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya..
JUST SHARE Maza.com
5:44 AM | 0 comments

PERSEPSI : KENYATAAN DAVID OROK BERUNSUR PENGHINAAN AGAMA

Written By PERSEPSI ANDA on Monday, July 7, 2014 | 3:30 PM

PERSEPSI : KENYATAAN DAVID OROK BERUNSUR PENGHINAAN AGAMA



PENGUMUMAN KHAS.

Kepada Ahli Keluarga, Saudara mara dan Rakan-rakan sekelian, sila maklum bahawa Khabar angin yang disebarkan oleh pihak2 tidak bertanggungjawab mengatakan rumah saya telah diserbu Polis dan kononya saya sudah ditangkap Polis dan kini ditahan dilokap Polis adalah tidak benar dan merupakan suatu pembohongan.

Perkara sebanarnya adalah pada malam 05/07/2014, saya telah dihubungi oleh Pegawai Kanan PDRM di IPD Karamunsing, Kota Kinabalu untuk bertemu dengan beliau bagi memberikan Kenyataan tentang semua laporan Polis yg dibuat terhadap saya di seluruh Malaysia terutama yang dibuat di Sabah.

Pada jam 11:30 pagi tadi hari ini 06/07/2014, saya telah bertemu dgn pegawai berkenaan dan proses merekodkan kenyataan tersebut selasai pada jam 14:00 petang. Saya telah memaklumkan bagaimana bermulanya perbincangan dalam FB tersebut sehingga saya menjawap soalan yg dikemukakan pada saya sebelum itu dengan memberikan contoh berdasarkan bahasa pasar yang kebiasaannya selalu digunakan oleh para penduduk di Sabah secara sepotan tanpa ada fikiran jahat untuk menghina islam atau nabinya.

Pihak2 yg tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan dengan memetik salah satu dari komen saya itu lalu memuat naikkannya semula serta menyebarkan petikan komen saya itu di FB. Pelbagai pihak di FB telah berkongsi petikan perbualan saya itu dan membuat komen baru berdasarkan andaian mereka masing2 tanpa menyelidiki pokok pangkal bagaimana petikan perbualan saya itu timbul. Ditahap ini keadaan sudah tidk terkawal kerana masing2 ingin berkongsi petikan tersebut dan mengulasnya berdasarkan fikiran masing2 serta menyemarakkan lagi kemarahan sesiapa saja yg membacanya. Hasil dari pertemuan saya dengan Pagawai kanan PDRM siang tadi itu membayangkan bahawa kes ini sudah hampir kepada penyelasaian sepenuhnya jika tiada lagi pihak2 yg mempolitikkan keadaan ini.

Sebagai bangsa Sabahan yg bertanggungjawab, cintakan perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum dan agama di Sabah. Kita sepatutnya berusaha untuk memperbetulkan keadaan dengan berusaha meredakan keadaan dan bukan menjadikanya semakin tegang melalui komen2 yg semakin membangkitkan kebencian diantara pihak Islam dengan yang bukan islam. Nilai keamanan untuk rakyat sabah kecapi selama ini adalah terlalu tinggi untuk dinilai. Jangan sampai ada pihak2 tertentu yang sengaja mengambil kesempatan dari kesilapan kecil ini menjadikannya modal politik mereka mengwujudkan suasana darurat di Sabah agar mereka boleh terus bermaharajalela dan berkuasa.

Sekian dan salam sejahtera serta muhiba dari saya.

Yang ikhlas,

DAVID OROK
06/07/2014 (23:39)

Sumber : Blog Semuanya Panas
3:30 PM | 0 comments

(Video) Iklan Ramadhan TV9 Menghina Sensitiviti Umat Islam?

Written By PERSEPSI ANDA on Friday, August 5, 2011 | 8:48 PM

Nampak tak habis lagi isu video iklan Ramadhan daripada stesen TV8 baru-baru ini, sudah mula berbangkit bantahan terhadap video iklan Ramadhan daripada TV9 pula.

Antara bantahan yang dikemukakan terhadap iklan Ramadhan ini adalah kerana :

  • Mendakwa iklan berkaitan ibadah sahur di TV9 itu secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam sehingga menjadi bahan tertawa masyarakat
  • Sikap yang ditonjolkan di dalam iklan Ramadhan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah

Ini video iklan Ramadhan 2011 TV9 yang dimaksukan itu…saksikan

Apa pandangan anda menghena isu video ini yang dikatakan menghina sensitiviti umat Islam?

Sumber : http://beritasemasa.com/iklan-ramadhan-tv9

8:48 PM | 0 comments

Kategori Pilihan

Enter your email address:

Iklan Teks

TOYOTA AVANZA FOR RENT Kota Kinabalu

Price RM 170/Day & Discount for more than 3 days.

For more information please contact:
- 019-8081884 (Andy)


Blog Archives


Total Pageviews

 
 Online Users