











Sudah lama saya ingin menulis hal ini.
Apapun terlebih dahulu teliti gambar saya rakamkan pada jam 6.46 pagi tadi di Plaza Tol Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Kenderaan di lorong Smart Tag beratur panjang, kurang sedikit berbanding kesesakan kenderaan Malaysia memasuki Singapura dari Johor.
Walhal pada masa sama, bilangan kenderaan menggunakan laluan Touch n Go di sebelah kiri, pendek.
Jadi ertinya, pengguna lebuh raya terpedaya kerana membayar lebih untuk mendapatkan ...
Tetapi terpaksa beratur seperti ini ...
Lebih menakjubkan, mereka memanggil perkakasan di bawah dengan nama tidak secocok.
Dalam satu portal hiburan, Faezah Elai telah Umum Kahwin 9 September Tapi Enggan dan Masih Rahsiakan Bakal Suaminya. Adakah benar desas desus mengatakan Heykal Hanifah bakal menjadi suami Faezah Elai?
Pelakon berbakat yang sarat kontroversi, Faezah Elai mengaku akan bernikah pada 9 September ini di rumah keluarganya di Pulau Pinang. Tapi gerangan lelaki yang akan mengahwininya tidak didedahkan kepada umum. Namun bayangan lelaki yang disebutnya membuatkan orang yang mengikuti perkembangannya mengagak, lelaki tersebut ialah pengarah drama Asmara, Heykal Hanifah.FAEZAH BELUM SEDIA PERKENALKAN NAMA BAKAL SUAMI
Heykal yang kini berstatus duda pernah menjadi hangat apabila hubungannya dengan Faezah diperkatakan sebelum rumah tangganya dengan seorang pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat rakaman musnah. Mereka dah sah bercerai.
“Insya-Allah saya akan bernikah pada hari Jumaat 9 September depan dengan seorang ahli perniagaan bernama Muhammad,” kata Faezah kepada beberpa media.
Faezah juga memberikan gambaran yang lelaki yang bakal menjadi suaminya nanti terlibat dalam perniagaan yang melibatkan penggambaran drama dan filem dan berasal dari Utara juga.Penjelasan tersebut menguatkan tanggapan yang Heykallah orang yang dimaksudkan, namun dia sendiri enggan membuka mulut.
“Saya jatuh cinta dengannya sebab dia faham karier dan jiwa saya. Dia orangnya simple, merendah diri, sangat kelakar dan mengambil berat. Kulitya kuning langsat dan ada misai sikit,” Faezah meneruskan gambaran lelaki yang mahu menjadi suaminya.
Heykal juga memiliki misai sebagaimana yang digambarkan dan berkulit sedikit gelap. Namun sehingga hari ini Faezah belum lagi menghantar kad undangan kepada media.
Namun difahamkan busana pengantin sudah ditempah dengan seorang pereka terkenal di Kuala Lumpur. Faezah juga memberitahu wartawan majalah Mangga bahawa majlis persandingan dirancang diadakan pada 3 Disember depan. Dia juga tidak merancang mengadakan majlis di Kuala Lumpur kerana tidak ramai saudara-mara di ibu negara.
Tunggulah siapa yang bakal menjadi suami Faezah nanti. Adakah Heykal atau seorang lelaki lain yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya?
Pihak Ketiga Bukan Punca Ally Iskandar Putus Tunang
Di sidang media Mentor Raya 2011 malam tadi, personaliti dan pengacara TV3, Ally Iskandar telah mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal telah putus pada 30 Julai lalu. Tanpa berselindung Ally berkata, perpisahan itu berlaku disebabkan tiada keserasian di antara mereka walaupun hakikatnya mereka telah memutuskan untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan hujung tahun ini.
“Kamu telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan,” katanya kepada pemberita pada rakamkan program Mentor Raya di sini, Khamis.
Ujar Ally, perpisahan itu tiada kaitan dengan pihak ketiga ataupun konflik besar membabitkan mereka sebaliknya beberapa masalah lain yang datang secara berperingkat sehingga gagal untuk diselesaikan.
Katanya, mereka berdua pernah mengimpikan untuk menjadi pasangan bahagia dalam rumah tangga tetapi sayang sekali ia tidak dapat dilaksanakan seperti dirancang.
Malah ujar Ally lagi keluarganya turut bersedih dengan peristiwa itu lebih-lebih lagi mereka amat gembira semasa majlis pertunangan yang diadakan sebelum ini.
“Saya tak nafikan masalah ini meninggalkan kesan besar buat saya dan ia amat menyedihkan. Daripada dibiarkan melarat, lebih baik keputusan (memutuskan pertunangan) dibuat secara baik,” katanya.
Bagaimanapun ujar Ally, dia dan Nur Aishah masih berkawan baik dan tiada permusuhan di antara mereka.
Katanya, buat masa ini dia mahu memberi perhatian terhadap tugasnya sebagai pengacara TV3 dan enggan terlalu memikirkan masalah itu. via Mstar Online.
Sumber : http://www.budiey.com/ally-iskandar-sah-putus-tunang/
Seperti tahun-tahun sebelum ini, penyanyi Nora yang kini dikenali dengan nama Nora J akan sibuk dengan perniagaan biskut rayanya. Menggunakan nama ‘Secukup Rasa’, Nora menyediakan pelbagai jenis biskut raya kegemaran ramai pada harga berpatutan.
Menurut Nora yang ditemui baru-baru ini, tahun ini dia mengambil tempahan sehingga minggu kedua Ramadhan. Selain itu, dia juga bercadang untuk menambah beberapa resipi baru untuk koleksi biskut rayanya.
“Buat masa ini saya sedang memikirkan beberapa resipi biskut istimewa. Jika ada nanti saya akan promosikan di blog ‘Secukup Rasa’, http://norasecukuprasa.blogspot.com. Sekarang kita ada Biskut Arab, Cornflakes, Tat Nenas, Biskut Cip Coklat, Almond London, Biskut Mentega Kacang, Biskut Kurma, Semperit dan biskut paling popular Chocolate Almond Shortbread.
Selain itu, saya juga menyediakan hamper raya untuk dijadikan buah tangan. Hamper-hamper ini berharga RM40 hingga RM500. Bergantung kepada jenis biskut, saiz dan bekas yang digunakan. Kalau ada yang berminat, bolehlah menghubungi talian 03 - 7875 5449 (Isnin hingga Jumaat 9.30 pagi - 5.00pm, atau emailkan kepada secukuprasanora@gmail.com.” ujar Nora.
Rahsia Kurus
Sementara itu, GUA juga sempat bertanya tentang rahsia atau petua Nora kembali langsing. Jelas penyanyi ini, dia mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam diet hariannya.
“Saya turunkan berat badan bukanlah semata-mata untuk kecantikan, tetapi lebih kepada faktor kesihatan. Sebelum mula berdiet, saya dapatkan nasihat doktor dulu. Pada minggu pertama memang rasa susah, sebab perut mudah lapar apabila saya tidak makan nasi. Tetapi selepas beberapa minggu, saya dapat sesuaikan diri. Saya banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan sepanjang tempoh berdiet ini. Dalam masa empat bulan, saya telah hilang kira-kira 10 kilogram,” ujar Nora dalam nada gembira.
Buat peminat Nora, penyanyi kesayangan anda ini sedang dalam perancangan untuk muncul dengan album solo terbaru. Album yang turut memuatkan lagu popular, Samudera ini sudah pun siap 95 peratus. Jelas Nora, kalau boleh dia mahu lancarkan selepas Aidilfitri ini.
Kini Jinbara muncul lagi dengan single terbaru NEBUCHAD. Walaupun menyelitkan unsur modern dalam single terbaru mereka kali ini, Jinbara masih mengekalkan rentak rock klasik, menepati citarasa peminat setia band ini, serta mampu menarik minat peminat muzik generasi muda!
Jinbara sebagai sebuah band yang cukup terkenal dengan lagu “Farhana” ini, kini muncul dengan single terbaru mereka “Nebuchad” di bawah edaran Warner Music Malaysia. Berbeza daripada lagu-lagu mereka sebelum ini, “Nebuchad” menggabungkan ‘rock’ klasik dengan unsur pop modern, menjadikan lagu ini unik dan bakal menarik minat golongan muda disamping peminat setia mereka yang ratanya golongan pertengahan. Selain daripada menampilkan Jinbara dengan imej yang berbeza, “Nebuchad” sekaligus menjadi aset bagi Jinbara meluaskan empayar mereka di arena muzik tempatan. Senilagu dan senikata oleh Kuncidemak, “Nebuchad” walau bagaimanapun masih mengekalkan karakter asal Jinbara sebagai band ‘rock’ klasik tempatan.
Seperti kisah cinta hebat antara Romi (Romeo) dan Juli (Juliet), Adam dan Hawa, Laila dan Majnun, kini Jinbara akan berkongsi dengan peminat muzik tanahair tentang kisah percintaan teragung yang dipetik daripada epik cinta zaman klasik Roman. Kalau Shah Jahan telah menghadiahkan Taj Mahal kepada kekasihnya Mumtaz Mahal dan sehingga kini menjadi monument terkenal dunia, “Nebuchad” adalah berkisar tentang percintaan teragung Nebuchadnezzar yang telah membina Taman Tergantung Babylonia sebagai istana cinta yang tidak ternilai buat isteri tercinta, Amytis. Dengan berlatar-belakangkan Babylonia, lagu ini menggunakan perumpamaan seperti ‘taman babylonia’ dan ‘istana cinta’ bagi menggambarkan keindahan cinta yang Maha Agung. “Nebuchad” turut menyelitkan perihal kesetiaan dalam percintaan menerusi beberapa perumpamaan lain yang dinyatakan pada bahagian verse lagu ini.
VIDEO KLIP NEBUCHAD NEZZAR
Selain daripada watak utama Nebuchadnezzar dan pasangannya Amytis, lagu ini turut menyelitkan karakter kisah cinta klasik Roman lain, Marcus Antony dan Cleopatra, mengimbau memori pendengar pada era kegemilangan Rom suatu waktu dahulu.
LIRIK NEBUCHAD NEZZAR
Senilagu & Senikata: Kuncidemak
Hakcipta Senilagu & Senikata: Onyx Garland Sdn BhdKalau aku Nebuchadnezzar dan kau Amytis ku
Kan ku bina taman babylonia hanya untuk muCinta begitu indah sekali…
# Kaulah oh kekasih pujaan hati ku
Oh kau lah mimpi segala mimpi
Degupan jantung ku membisik nama mu
Kerana rindu ku pada muTiada yang lain tiada yang sama
Yang bisa menakluk istana cinta ku
Oooh… kaulah cinta.Kalau aku Marcus Antony dan kau Cleopatra ku
Sanggupkah kau menggadaikan semua hanya untuk kuCinta begitu indah sekali…
# Kaulah oh kekasih pujaan hati ku
Oh kau lah mimpi segala mimpi
Degupan jantung ku membisik nama mu
Kerana rindu ku pada muBagi penggemar irama rock klasik, juga peminat-peminat Jinbara, jangan lepaskan peluang untuk memuat turun lagu “Nebuchad” sebagai nada dering anda. Bagi Maxis Caller Ringtones, sila tekan *131*167478# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my. Bagi Digi Caller Tunes pula, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT0086298 dan hantar ke 2000 ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones bagi lagu ini pula, sila taip *118*5*2*222535#, dan tekan call/send, ataupun layari http://www.u.com.my, manakala bagi Celcom Call Me Tones, taip *118*85674# dan tekan call/send ataupun layari http://www.channelx.com.my. Selain itu, anda juga boleh layari http://music.ovi.com/my untuk mendapatkan lagu ini!
Sumber : http://www.budiey.com/single-terbaru-jinbara-nebuchad/
Agak mengempar dan mengejutkan seluruh pemerhati hiburan tempatan. Dimana pasangan Adlin dan Emelda sudah pun mempunyai seorang anak. Tidak diketahui ianya anak angkat atau pun anak kandung. Sebab belum ada lagi khabar atau gambar mengenai anak mereka sebelum ini.
Lagi pula episod Emelda mengandung belum lagi jadi bualan apatah lagi gambar Emelda mengandung. Magik bin ajaib tiba-tiba sahaja mereka dah punyai anak yang berusia 5 bulan tanpa pengetahuan pihak media/peminat. Nama anak itu adalah Edra Rafael.
Tidak tahulah mengapa berita baik dan sememangnya dinanti-nantikan ini menjadi satu rahsia dalam kekeluargaan Adlin dan Emelda. Mungkin mereka tidak mahu mempamerkan anak-anak mereka melihat contoh kepada artis-artis sebelumnya yang tidak mahu mempamerkan keluarga mereka kepada umum. Zzz..Dalam diam-diam,pasangan selebriti Elmida Rosmila & Adlin Aman Ramlie rupa-rupanya sudah pun mempunyai cinta hati. Namanya, Edra Rafael dan kini dia sudah pun berusia 5 bulan.
Murai Batu dapat tahu pun setelah diberitahu oleh Ketua Editor murai.com.my, Ellyna Ali (Elly) yang berkesempatan menghadiri Majlis Sambut Puasa serta Akikah yang dilakukan oleh produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman di kediamannya di Taman Ukay Perdana, pada malam Jumaat lalu.
Majlis Sambut PUasa itu dibuat sempena kedatangan bulan puasa manakala Majlis Akikah itu dibuat untuk cucu pertamanya, Muhmmad Akid iaitu anak kepada pengarah Shadan Hashim dan Puteri Suraya iaitu anak perempuan sulung Raja Azmi dan pemian badminton negara, Jailani Sidek.
Khabarnya, meriah jugalah majlis tersebut. Siap ada marhaban lagi. Tetamu yang datang pun ramai juga termasuklah Elmida Rosmila dan Adlin Aman Ramlie. Masa itulah Elly terjumpa dengan mereka dan Edra Rafael.
Comelnya Si Edra tu. Lepas tu, tak takut orang pulak tu. Yang penting, Adlin Aman Ramlie tu nampak sayang betul dengan Edra. Anak kecil itu asyik ditatangnya ke sana sini...
Sayangnya, demi menghormati permintaan Elmida Rosmila, Murai Batu tak dapat nak paparkan gambar mereka dengan si kecil yang menjadi buah hati pengarang jantung mereka. [link]
Sumber : http://www.izyan.com/2011/08/adlin-emelda-dah-punya-anak-5-bulan.html
Salam Ramadan hari ke-4 untuk semua pembaca. Aduh, cepatnya masa berlalu kan. Harap semua pembaca masih okay dan steady lagi ya. Budiey setakat ni steady lagi laa.
Alamak, Budiey sebenarnya hari ni terlajak tidur la pulak. Patutnya jam 11 pagi tadi, Budiey kena gi Media Prebiu Filem The Zookeeper, tapi bila terlajak tidur, sedar-sedar dah pun jam 10.30 pagi, alamak tak dapat la nak nolongnya. Tu la orang cakap, terlajak perahu boleh lagi kita undur, tapi bila dah terlajak tidur ni, nak undur masa macamana. Jadinya, pagi ni Budiey kena duk rumah je lah ya. Oh ya, petang ni ada satu event interbiu bersama dengan penyanyi Yassin Sulaiman di Viva Home. Nak pergi ke tak pasti lagi. Dan malamnya pula ada Rakaman Mentor Raya 2011 di Plaza Alam Sentral. Budiey rasa nak gi sana la. Musim lepas pun Budiey tak lepas peluang tengok rakaman Mentor Raya ni, kelakar giler.
Lepas mandi, Budiey berehat depan notebook ni, belek-belek berita online. Lalu, terbaca satu berita yang agak menyedihkan juga la. Kesian pun ada. Berita pasal juara AF8, Shahir yang dikatakan mahu mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi sebab ada orang aniaya dia. Budiey terfikir juga, dari dulu lagi, lepas dia keluar dari AF8, macam-macam benda yang tak elok berlaku. Semua tu dugaan sebenarnya, tak nak lah tuduh sape-sape yang dengki dengan kejayaan Shahir yang sanggup Mak Esahkan dia. Ish ish.
Ini petikan berita tentang Shahir nak berhenti jadi penyanyi. Tak lama lagi, Shahir akan umum dengan rasminya di satu sidang media.
Shahir (AF8) Berhenti Menyanyi Dakwa Dianiaya
PETALING JAYA: Penyanyi popular Shahir menamatkan misteri kehilangannya selama ini apabila dia membuat keputusan untuk berhenti daripada industri seni dalam waktu terdekat.
Menurut sumber yang juga teman rapat penyanyi lagu Luar Biasa itu, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) tersebut nekad dengan keputusannya kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu.
“Shahir tidak akan menyanyi lagi dan akan meninggalkan terus karier seni ini kerana berasa dirinya telah dianiaya. Saya kasihan dengan nasib yang menimpa Shahir kerana dia masih baru dalam industri seni tetapi sudah mengalami insiden seperti ini,” kata sumber itu yang tidak mahu mendedahkan identitinya kepada mStar Online, Rabu.
Tambahnya: “Apabila sudah berhenti, dia mungkin akan mengikut jejak langkah pemuzik Sham (Kamikaze) yang terlibat dengan majlis-majlis berkaitan keagamaan.
“Setakat ini, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd dan peminat Shahir Fan Club (FC). Dia mungkin akan membuat sidang media kelak untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu ini.”
Beberapa minggu lalu, industri seni kecoh dengan isu Shahir yang dikatakan ‘ghaib’ dan gagal dihubungi oleh pihak media sertapengurusannya. Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman mengakui Shahir berada di kampung iaitu di Kampar, Perak dan sedang berehat. Sebelum ini, Shahir pernah menghilang kerana mengalami masalah kesihatan dan pulang ke kampung beberapa ketika.
Dia juga pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan. Namun pemuda tersebut menafikan perkara itu sebaliknya menganggap hubunganmereka sekadar teman biasa. Pihak mStar cuba mendapatkan Shahir dan keluarganya, namun mereka gagal dihubungi. via Mstar Online.
Sumber : http://www.budiey.com/shahir-af8-mahu-berhenti-jadi-penyanyi/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+budiey+%28Sensasi+Selebriti%29

Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan ini, Otai Rock, Amy Search telah melancarkan single terbaru berjudul ‘Takbir Cinta’ yang dinyanyikan bersama penyanyi Yassin. Single yang juga merupakan gubahan dan tulisan Yassin itu adalah projek julung-julung kali Amy Search seteleh berpuluh tahun berada di dalam industri muzik.
Mengulas tentang perkembangan terbarunya itu, Amy memberitahu dia sangat teruja dengan single terbaru ini mengharapkan peminat boleh menerima dan menyukai lagu itu.
“Ini adalah lagu pertama saya yang dibuat sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan Aidilfitri. Kalau ikutkan saya memang sudah lama hendak berkerjasama dengan Yassin, tetapi disebabkan kekangan waktu, baru sekarang kami dapat berkolaborasi. Saya pilih Yassin kerana saya suka dengan lagu-lagu gubahannya. Malah, dia juga seorang penyanyi nasyid kontemporari yang baik,” jelas Amy.
“Proses rakaman mengambil masa kira-kira tiga bulan kerana kami melakukan beberapa perubahan bagi mendapatkan hasil terbaik. Saya tidak ada masalah bekerja dengan Yassin kerana kami saling berbincang. Secara peribadi, saya menganggap lagu ini cukup istimewa kerana ia adalah projek pertama saya untuk lagu bergenre Balada Rock World Music, tambah Amy lagi.
Sementara itu, penyanyi yang baru menyambut ulangtahun kelahiran ke 53 ini juga sempat menafikan yang halatuju muziknya telah beralih arah. Jelas Amy, memang sejak kebelakangan ini dia terlibat dengan beberapa kolaborasi yang menjurus kepada lagu-lagu kerohanian dan spiritual, tetapi itu bukan bermakna dia telah melupakan irama rock.
“Untuk lagu-lagu bercorak ketuhanan seperti ini saya hanya lakukan untuk projek-projek tertentu. ‘Takbir Cinta’ ini misalnya, adalah untuk sambutan bulan Ramadhan dan Raya tahun ini. Rasanya tidak salah mencuba sesuatu yang berbeza,” ulas Amy ringkas.
Harap hidup lebih dirahmati
Selain melancarkan single terbaru di restoran miliknya, Cheng Ho, pada petang kelmarin, vokalis kumpulan Search ini juga meraikan sambutan harijadinya yang ke 53. Pujian harus diberikan kepada Amy kerana sambutan harijadinya ini dilakukan dengan cara sederhana. Selain menjemput seorang ustaz untuk memberikan takzirah kepada tetamu jemputan, Amy juga menjemput anak-anak tahfiz bagi sama-sama menyerikan majlis.
Ketika ditanya tentang harapannya di usia 53 tahun, Amy memberitahu dia mengharapkan hidupnya akan lebih diberkati dan dirahmati Allah.
“Dalam usia begini sudah pasti saya mengharapkan Allah akan memberikan lebih banyak hidayah kepada saya. Saya mahu hidup saya lebih dirahmati dan diberkati. Saya mahu lebihkan amalan agama agar cukup untuk dibawa ke akhirat nanti,” ulas Amy.
Ditanya tentang jadual kerjanya pada bulan puasa ini, Amy memberitahu seperti tahun-tahun sebelum ini, dia memilih untuk banyak berehat di rumah.
“Saya kalau di bulan puasa suka duduk di rumah sahaja. Sebabnya pada sebelah malam saya mahu menunaikan solat Tarrawikh di masjid. Kalau ada pun aktiviti, saya perlu memenuhi beberapa undangan berbuka puasa yang dianjurkan oleh beberapa badan korporat. Kalau tidak ke situ, mungkin saya akan luangkan masa untuk berbuka bersama-sama pelanggan di kedai saya ini,” ujar Amy.
Bagi yang berminat untuk berbuka puasa di Restoran Cheng Ho, anda boleh membuat tempahan awal. Untuk minggu pertama Ramadhan, anda layak mendapat diskaun sebanyak 20 peratus.
Harga yang dikenakan untuk Bufet Ramadhan Cheng Ho ialah RM43.90 (dewasa) dan RM20.90 (kanak-kanak) pada hari bekerja. Untuk hujung minggu pula ia berharga RM46.90 (dewasa) dan RM23.90 (kanak-kanak).
Antara menu istimewa yang disediakan ialah Kambing Panggang pada setiap hari Ahad, Rendang Daging, Asam Pedas Ikan Pari, Bawal Tiga Rasa, Sup Tulang, Ikan Goreng dalam Sos Cheng Ho, Sup Rumpai Laut Bersama Tofu, dan pelbagai kuih-muih tradisional.
Untuk tempahan, anda boleh menghubungi talian 03 – 41496094.

