Seperti tahun-tahun sebelum ini, penyanyi Nora yang kini dikenali dengan nama Nora J akan sibuk dengan perniagaan biskut rayanya. Menggunakan nama ‘Secukup Rasa’, Nora menyediakan pelbagai jenis biskut raya kegemaran ramai pada harga berpatutan.
Menurut Nora yang ditemui baru-baru ini, tahun ini dia mengambil tempahan sehingga minggu kedua Ramadhan. Selain itu, dia juga bercadang untuk menambah beberapa resipi baru untuk koleksi biskut rayanya.
“Buat masa ini saya sedang memikirkan beberapa resipi biskut istimewa. Jika ada nanti saya akan promosikan di blog ‘Secukup Rasa’, http://norasecukuprasa.blogspot.com. Sekarang kita ada Biskut Arab, Cornflakes, Tat Nenas, Biskut Cip Coklat, Almond London, Biskut Mentega Kacang, Biskut Kurma, Semperit dan biskut paling popular Chocolate Almond Shortbread.
Selain itu, saya juga menyediakan hamper raya untuk dijadikan buah tangan. Hamper-hamper ini berharga RM40 hingga RM500. Bergantung kepada jenis biskut, saiz dan bekas yang digunakan. Kalau ada yang berminat, bolehlah menghubungi talian 03 - 7875 5449 (Isnin hingga Jumaat 9.30 pagi - 5.00pm, atau emailkan kepada secukuprasanora@gmail.com.” ujar Nora.
Rahsia Kurus
Sementara itu, GUA juga sempat bertanya tentang rahsia atau petua Nora kembali langsing. Jelas penyanyi ini, dia mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam diet hariannya.
“Saya turunkan berat badan bukanlah semata-mata untuk kecantikan, tetapi lebih kepada faktor kesihatan. Sebelum mula berdiet, saya dapatkan nasihat doktor dulu. Pada minggu pertama memang rasa susah, sebab perut mudah lapar apabila saya tidak makan nasi. Tetapi selepas beberapa minggu, saya dapat sesuaikan diri. Saya banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan sepanjang tempoh berdiet ini. Dalam masa empat bulan, saya telah hilang kira-kira 10 kilogram,” ujar Nora dalam nada gembira.
Buat peminat Nora, penyanyi kesayangan anda ini sedang dalam perancangan untuk muncul dengan album solo terbaru. Album yang turut memuatkan lagu popular, Samudera ini sudah pun siap 95 peratus. Jelas Nora, kalau boleh dia mahu lancarkan selepas Aidilfitri ini.
Sumber : http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/Nora_J_Sibuk_Buat_Biskut_Secukup_Rasa.html
0 comments:
Post a Comment
"KOMEN untuk MEMBINA. KRITIK biar BERASAS"
PERSEPSI | SUDUT PANDANGAN ANDA