Mereka mengatakan Persepsi akan menjadi Wadah Penyampai Internet Paling HOT di Malaysia
Showing posts with label Pembangkang. Show all posts
Showing posts with label Pembangkang. Show all posts

Buku Konsep Negara Berkebajikan dilancar esok

Written By PERSEPSI ANDA on Friday, August 5, 2011 | 4:43 AM


Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 4 Ogos: PAS akan mencipta satu lagi catatan sejarah apabila berkesempatan melancarkan sebuah buku yang bukan sahaja amat berguna kepada parti, tetapi juga kepada seluruh lapisan rakyat negara ini, melewati batasan kaum dan agama.

Pelancaran Buku Konsep Negara Berkebajikan karangan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS, Mohd Nasaie Ismail menjelaskan, majlis bersejarah dan ditunggu-tunggu sekian lama oleh orang ramai di seluruh negara itu akan berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad di Kota Bharu, Kelantan, mulai jam 9.30 pagi esok.

Menurut beliau, buku karangan Presiden PAS itu mengandungi konsep negara berkebajikan berdasarkan panduan Al-Quran dan sirah Nabi saw.

Katanya, selain itu, turut dijelaskan ciri-ciri Negara Berkebajikan dan perbezaan di antara Negara Berkebajikan (Nation Of Care and Opotunity) dengan Negara Kebajikan (Walfare State) bawaan Barat.

"Di dalam buku itu turut dijelaskan tentang kaitan Negara Berkebajikan dengan Buku Jingga dan menifesto PAS tahun 2008," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, malam ini.

Ciri-ciri Negara Berkebajikan, menurut beliau, berlawanan dengan Negara Kebajikan iaitu negara keangkuhan sebagaimana diamallkan di negara kita hari ini.

"Selain itu, di dalam buku itu juga terdapat pelbagai aspek lain lagi yang turut digarap oleh Tuan Guru Presiden PAS yang amat perlu dibaca oleh setiap rakyat negara ini," jelasnya.

Buku tersebut, katanya, boleh didapati oleh orang ramai di pasaran selepas majlis pelancarannya pagi esok.

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4725-buku-konsep-negara-berkebajikan-dilancar-esok

4:43 AM | 0 comments

Ayuh sertai ‘Projek Buku Bergambar Bersih 2.0′


KUALA LUMPUR : Orang ramai yang mempunyai gambar-gambar sebelum, semasa dan selepas himpunan Bersih 2.0 atau yang berkaitan dengannya dialu-alukan untuk menghantar karya anda bagi menjayakan projek buku bergambar Bersih 2.0.

Penyelaras projek yang juga merupakan ahli jawatankuasa pemandu Bersih, Hishamuddin Rais memaklumkan, buku bergambar yang dihasilkan itu akan diedarkan dan diberikan secara percuma ke seluruh negara.

“Gambar-gambar kini sedang dikumpulkan dan akan dicetak dalam sebuah buku sebagai tanda sejarah. Buku bergambar ini kita nak jadikan buah tangan sempena hari raya Aidil Fitri.

“Kepada semua warga, anak muda semua bangsa, jurugambar yang amatur dan profesional, projek ini adalah projek untuk nusa dan bangsa,” kata Hishamuddin dalam pemaklumannya.

Syarat utama karya mestilah gambar asli, tidak boleh di ubahsuai dan memerlukan sedikit latar belakang, lokasi dan maklumat gambar diambil.


Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dalam format jpeg dengan 5 keping gambar maksimum bagi setiap kiriman emel.

Penganjur turut menerima ganbar-gambar himpunan Bersih yang diadakan di luar negara.

Sehingga hari ini, puluhan keping gambar telah diterima penganjur semenjak pekancaran projek pada 2 Ogos lalu.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Ogos 2011.

“Setiap gambar akan disimpan di dalam arkib oleh penganjur. Oleh kerana ini bukannya projek perniagaan bumiputera, maka tidak akan ada keuntungan yang diambil,” kata Hishamuddin.

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai projek demi nusa dan bangsa ini boleh menghantar gambar terbaik anda ke emel bersih97@gmail.com.

Pengumuman, maklumat dan perkembangan terkini mengenai ‘Pojek Buku Bergambar Bersih 2.0′ akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di laman blog http://www.tukartiub.blogspot.com

Sumber : http://www.keadilandaily.com/ayuh-sertai-projek-buku-bergambar-bersih-2-0/
4:33 AM | 0 comments

Kategori Pilihan

Enter your email address:

Iklan Teks

TOYOTA AVANZA FOR RENT Kota Kinabalu

Price RM 170/Day & Discount for more than 3 days.

For more information please contact:
- 019-8081884 (Andy)


Blog Archives


Total Pageviews

 
 Online Users