Mereka mengatakan Persepsi akan menjadi Wadah Penyampai Internet Paling HOT di Malaysia

Ayuh sertai ‘Projek Buku Bergambar Bersih 2.0′

Written By PERSEPSI ANDA on Friday, August 5, 2011 | 4:33 AM


KUALA LUMPUR : Orang ramai yang mempunyai gambar-gambar sebelum, semasa dan selepas himpunan Bersih 2.0 atau yang berkaitan dengannya dialu-alukan untuk menghantar karya anda bagi menjayakan projek buku bergambar Bersih 2.0.

Penyelaras projek yang juga merupakan ahli jawatankuasa pemandu Bersih, Hishamuddin Rais memaklumkan, buku bergambar yang dihasilkan itu akan diedarkan dan diberikan secara percuma ke seluruh negara.

“Gambar-gambar kini sedang dikumpulkan dan akan dicetak dalam sebuah buku sebagai tanda sejarah. Buku bergambar ini kita nak jadikan buah tangan sempena hari raya Aidil Fitri.

“Kepada semua warga, anak muda semua bangsa, jurugambar yang amatur dan profesional, projek ini adalah projek untuk nusa dan bangsa,” kata Hishamuddin dalam pemaklumannya.

Syarat utama karya mestilah gambar asli, tidak boleh di ubahsuai dan memerlukan sedikit latar belakang, lokasi dan maklumat gambar diambil.


Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dalam format jpeg dengan 5 keping gambar maksimum bagi setiap kiriman emel.

Penganjur turut menerima ganbar-gambar himpunan Bersih yang diadakan di luar negara.

Sehingga hari ini, puluhan keping gambar telah diterima penganjur semenjak pekancaran projek pada 2 Ogos lalu.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Ogos 2011.

“Setiap gambar akan disimpan di dalam arkib oleh penganjur. Oleh kerana ini bukannya projek perniagaan bumiputera, maka tidak akan ada keuntungan yang diambil,” kata Hishamuddin.

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai projek demi nusa dan bangsa ini boleh menghantar gambar terbaik anda ke emel bersih97@gmail.com.

Pengumuman, maklumat dan perkembangan terkini mengenai ‘Pojek Buku Bergambar Bersih 2.0′ akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di laman blog http://www.tukartiub.blogspot.com

Sumber : http://www.keadilandaily.com/ayuh-sertai-projek-buku-bergambar-bersih-2-0/

0 comments:

Post a Comment

"KOMEN untuk MEMBINA. KRITIK biar BERASAS"
PERSEPSI | SUDUT PANDANGAN ANDA

 
 Online Users