Mereka mengatakan Persepsi akan menjadi Wadah Penyampai Internet Paling HOT di Malaysia
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Pandangan Anda : Kisah Sebenar Kes Awie Pukul Isteri

Written By PERSEPSI ANDA on Wednesday, July 9, 2014 | 4:02 PM

Memang kecoh satu negara apabila timbul cerita penyanyi rock terkenal Awie membelasah isterinya.

Kisah yang pada mulanya enggan diakui oleh Awie akhirnya pecah selepas dia didakwa di mahkamah disebabkan kes berkenaan.

Sampai sekarang, hanya kenyataan di pihak Awie sahaja didengari di dada media. Antaranya kepada Studio H Awie menyifatkan perkara ini sebagai hikmah dalam hidupnya dan meminta supaya tidak diadili sebelum tahu kisah sebenar.

Bagaimanapun sebuah blog, sangkakalajari9.blogspot.com tiba-tiba menjadi tumpuan ramai apabila menyiarkan jawapan balas daripada keluarga isteri Awie, Rozana Misbun berkenaan hal ini.

Blog berkenaan turut mendedahkan Rozana yang kini berada dalam perlindungan polis dan keluarga berkeadaan trauma dan mengalami gangguan emosi ekoran tindakan Awie memisahkannya daripada anak-anak.

Di bawah adalah kandungan blog tersebut yang kian tersebar di laman-laman hiburan online:

Mungkin ramai yang tidak tahu apa kejadian sebenar menimpa isteri artis terkenal yang baru-baru ini gambar keadaan beliau dibelasah oleh suaminya tersebar luas di dalam Facebook.

Bagi mengelakkan pelbagai spekulasi yang tidak bertanggungjawab dari terus bertiup kencang, pihak keluarga Rozana mengesahkan bahawa sememangnya beliau telah dipukul.

Setelah ditahan di hospital bagi mendapatkan rawatan dan dibenarkan keluar, Rozana kini berada dibawah jagaan serta pemerhatian keluarga selain diberi perlindungan polis.

Pihak keluarga beliau memohon agar orang ramai tidak terus-terusan menyebarkan dakyah palsu yang boleh mengganggu-gugat proses penghakiman yang sedang berlangsung ketika ini sekaligus memburukkan lagi keadaan psikologi dan emosi Rozana yang masih lagi dalam keadaan trauma; yang kini dalam kesedihan kerana telah disekat daripada berjumpa mahupun berhubung menerusi telefon dengan anak-anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6 dan Putri Qasseh Antasha, 4, sejak beberapa minggu yang lalu.

Walau pun begitu, pihak keluarga Rozana masih percaya pada undang-undang di negara ini dan di bulan Ramadan yang barakah ini, keluarga beliau akan terus medoakan keadilan untuk Rozana Misbun. Kepada mereka yang bersimpati dan memahami situasi getir yang harus didepani keluarga beliau ketika ini, keluarga Rozana mengucapkan jutaan terima kasih

Surat nikah tidak berdaftar

Pihak keluarga Rozana kini dikatakan menghadapi kesukaran dalam mendapatkan salinan sijil nikah Rozana Misbun dan Ahmad Azhar Othman (Awie) yang dipercayai dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) bertarikh 20 Jun 2005.

Segala usaha yang dilakukan akhirnya menemui jalan buntu berikutan MAIS yang dikatakan tidak mempunyai sistem pengkomputeran itu membayangkan kesukaran untuk mengesan sijil berkenaan.

Lebih memburukkan lagi keadaan, menurut sumber yang layak dipercayai, banyak dokumen yang hilang apabila mereka berpindah ke pejabat sekarang beberapa tahun lalu. Justeru keluarga Rozana memohon campur tangan pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Malaysia selain Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi membolehkan surat nikah asli dapat diperolehi dan dikenal pasti kesahihannya.

Ini adalah kerana, tanpa surat nikah yang dikeluarkan oleh MAIS serta pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, Thailand, pernikahan tersebut tidak dapat didaftarkan di Malaysia dan ini mengakibatkan peguam yang dilantik bagi mewakili Rozana tidak dapat berbuat apa-apa.

Buat masa sekarang, hasrat bagi memohon Interim Custody (hak penjagaan sementara) terhadap Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha terbantut di tengah jalan.

Manakala dalam konteks pendaftaran bagi Sijil Kelahiran bagi ketiga-tiga anak mereka pula, keluarga beliau turut meminta jasa baik Jabatan Pandaftaran Negara dalam menangani permasalahan baru yang berbangkit dimana Nombor Daftar Kahwin yang digunapakai di dalam Sijil Kelahiran anak-anak itu terbukti dari sindiket palsu.

Larangan berjumpa anak

Awie dikatakan telah menghantar satu surat arahan kepada Adni Islamic International School, Taman Melawati dan Smart Reader, Ukay Perdana pada 21 Jun 2014 yang melarang Rozana dari berhubung samada menerusi telefon atau berjumpa dengan anak-anak mereka di sekolah-sekolah terbabit.

Bagaimana mungkin pihak sekolah membenarkan perkara ini berlaku? Mengikut undang-undang kekeluargaan, surat larangan untuk berjumpa ibu atau bapa hanya sah diperakui dengan adanya perintah makhamah.

Ibubapa yang berdepan dengan masalah rumahtangga tidak wajar menjadikan anak-anak sebagai mangsa yang pastinya memberi impak negatif kepada emosi serta psikologi mereka.

Lebih-lebih lagi Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha masih kecil dan amat memerlukan kasih sayang serta perhatian dari seorang ibu.

Memisahkan anak-anak yang tidak berdosa ini dari ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan mereka dari sebesar telapak tangan, sesungguhnya satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sebelum ini telah bekerjasama dengan PDRM dalam meluluskan Interim Protection Order (perlindungan sementara) terhadap Rozana, diharap dapat juga berbuat demikian sekali lagi bagi memastikan keselamatan serta kebajikan ketiga-tiga beradik itu terpelihara.

Kutukan terhadap Rozana

Satu jari yang menuding orang lain, sembilan jari yang lain menuding diri sendiri. Apa jua kata hentaman dan nista yang dilemparkan terhadap Rozana, bagi keluarga beliau ianya tidak lebih dari bersifat ‘character assassination’ atau ‘pembunuhan karakter’ dalam usaha untuk mencemarkan integriti Rozana sebagai seorang wanita; baik sebagai isteri mahupun ibu. Jadi apa perlunya keluarga beliau membazirkan masa dan tenaga dalam memberi perhatian terhadap sebarang pertuduhan mala fide (berniat jahat) itu?

Wang yang didakwa dicuri oleh Rozana yang kononnya berjumlah RM250,000 rupa-rupanya diperuntukkan sebagai nafkah anak-anak dan isteri serta belanja keperluan rumah selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Duit itu jugalah yang terpaksa dikeluarkan oleh Rozana dari masa ke semasa bagi menampung perniagaan kelab malam milik suaminya itu yang beroperasi di Ipoh.

Apa buktinya Rozana mencuri? Itu akaun peribadinya; dia tidak mencuri kad ATM sesiapa jauh sekali kata kunci bagi mengeluarkan duit secara penipuan dari akaun pihak ketiga.

Jadi, atas kapasiti apa tuduhan ‘mencuri’ dilemparkan kepada Rozana? Adakah ianya semata-mata bertujuan untuk menghalalkan perbuatan mengaib serta memukul Rozana tanpa belas kasihan? Satu perkara yang harus diingat, keadilan dan perlaksanaan undang-undang adalah didasari fakta, bukannya emosi.

Dua persoalan yang patut kita renungkan bersama:

1) Apakah wujud istilah ‘curi’ dalam harta sepencarian?

2) Andai pengorbanan seorang isteri yang mengorbankan seluruh jiwa, masa, tenaga serta usia mudanya demi keharmonian rumahtangga.. serta sebagai ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan anak itu boleh diukur dengan wang ringgit: Berapakah nilainya?

Walau apa pun, itu lah nasib Rozana yang kini melalui pelbagai rintangan dan halangan.
4:02 PM | 0 comments

Faezah Elai Umum Kahwin 9 September

Written By PERSEPSI ANDA on Monday, August 8, 2011 | 5:37 AM

Dalam satu portal hiburan, Faezah Elai telah Umum Kahwin 9 September Tapi Enggan dan Masih Rahsiakan Bakal Suaminya. Adakah benar desas desus mengatakan Heykal Hanifah bakal menjadi suami Faezah Elai?

Pelakon berbakat yang sarat kontroversi, Faezah Elai mengaku akan bernikah pada 9 September ini di rumah keluarganya di Pulau Pinang. Tapi gerangan lelaki yang akan mengahwininya tidak didedahkan kepada umum. Namun bayangan lelaki yang disebutnya membuatkan orang yang mengikuti perkembangannya mengagak, lelaki tersebut ialah pengarah drama Asmara, Heykal Hanifah.
Faezah Elai
FAEZAH BELUM SEDIA PERKENALKAN NAMA BAKAL SUAMI

Heykal yang kini berstatus duda pernah menjadi hangat apabila hubungannya dengan Faezah diperkatakan sebelum rumah tangganya dengan seorang pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat rakaman musnah. Mereka dah sah bercerai.

“Insya-Allah saya akan bernikah pada hari Jumaat 9 September depan dengan seorang ahli perniagaan bernama Muhammad,” kata Faezah kepada beberpa media.

Faezah juga memberikan gambaran yang lelaki yang bakal menjadi suaminya nanti terlibat dalam perniagaan yang melibatkan penggambaran drama dan filem dan berasal dari Utara juga.
Penjelasan tersebut menguatkan tanggapan yang Heykallah orang yang dimaksudkan, namun dia sendiri enggan membuka mulut.

“Saya jatuh cinta dengannya sebab dia faham karier dan jiwa saya. Dia orangnya simple, merendah diri, sangat kelakar dan mengambil berat. Kulitya kuning langsat dan ada misai sikit,” Faezah meneruskan gambaran lelaki yang mahu menjadi suaminya.

Heykal juga memiliki misai sebagaimana yang digambarkan dan berkulit sedikit gelap. Namun sehingga hari ini Faezah belum lagi menghantar kad undangan kepada media.

Namun difahamkan busana pengantin sudah ditempah dengan seorang pereka terkenal di Kuala Lumpur. Faezah juga memberitahu wartawan majalah Mangga bahawa majlis persandingan dirancang diadakan pada 3 Disember depan. Dia juga tidak merancang mengadakan majlis di Kuala Lumpur kerana tidak ramai saudara-mara di ibu negara.

Tunggulah siapa yang bakal menjadi suami Faezah nanti. Adakah Heykal atau seorang lelaki lain yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya?

Sumber : http://www.budiey.com/faezah-elai-umum-kahwin-9-september/
5:37 AM | 0 comments

SimplySiti Jawab Isu Tuduhan & Spekulasi Berus Kosmetik SimplySiti dari Babi

Written By PERSEPSI ANDA on Sunday, August 7, 2011 | 7:36 AM

Seperti yang diketahui, berita mengenai SimplySiti kini sedang tersebar luas tentang produk SimplySiti yang mempunyai berus yang tidak Halal. Untuk mengelakkan berita ini dari terus menjadi tanda tanya, Dato’ Siti Nurhaliza dan pihak pengurusan SimplySiti ingin memberikan informasi kepada semua melalui kenyataan seperti di bawah. Pihak SimplySiti harap ini dapat membantu untuk menjawab soalan yang kini sedang ditujukan mengenai kesahihan sijil Halal produk SimplySiti. Pihak SimplySiti juga sangat berharap pihak media dan wartawan yang tidak putus menyokong SimplySiti selama ini dapat turut membantu untuk berkongsi kenyataan beliau kepada semua.

SimplySiti logo

KENYATAAN DARIPADA SIMPLYSITI

Merujuk kepada sebaran lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi.

Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut. Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam.

Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya. Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.

Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut.

Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up yang kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif.

Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran.

SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami.

Sumber : http://www.budiey.com/simplysiti-jawab-isu-tuduhan-berus-kosmetik-simplysiti-dari-babi/
7:36 AM | 0 comments

Hafiz Antara Artis Ternama Jayakan 'Siapa Peduli'


Tepat jam 5.30 petang tadi, satu pelancaran album bagi mengutip dana projek Hospital Kanak-kanak di Gaza telah dilancarkan bertempat di Hotel De Palma Ampang. Album yang diterbitkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) ini berjudul 'Siapa Peduli' dan ia dijayakan oleh barisan artis popular tanah air iaitu Mawi, Jay Jay, Alyah, Mila, Liza Hanim, Hafiz, Syafinaz dan Azhan Atan.

Album yang memuatkan 10 lagu dan sebuah puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said ini mengandungi lagu-lagu khusus mengenai Palestin dalam pelbagai sejarah penting perjuangan Palestin. Lagu dan lirik digubah khas untuk menyentuh peristiwa-peristiwa penting Palestin yang berlaku seperti Nakbah, Deir Yasin, Sabra Shatila, Al-Aqsa dan serangan ke atas Gaza.

Antara pemuzik yang turut terlibat dalam pembikinan album ini ialah Ujang Exist, Along Exist, Jimmy Ali, Kusham, Eddie Slam dan Fauzi Marzuki yang bertindak sebagai Juru Adun (mastering).

Sumber : http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/Hafiz_Antara_Artis_Ternama_Jayakan_Siapa_Peduli.html
6:47 AM | 0 comments

Ally Iskandar Sah Putus Tunang

Written By PERSEPSI ANDA on Friday, August 5, 2011 | 2:27 AM

Pihak Ketiga Bukan Punca Ally Iskandar Putus Tunang

Di sidang media Mentor Raya 2011 malam tadi, personaliti dan pengacara TV3, Ally Iskandar telah mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal telah putus pada 30 Julai lalu. Tanpa berselindung Ally berkata, perpisahan itu berlaku disebabkan tiada keserasian di antara mereka walaupun hakikatnya mereka telah memutuskan untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan hujung tahun ini.

Ally Iskandar

Ally Iskandar

“Kamu telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan,” katanya kepada pemberita pada rakamkan program Mentor Raya di sini, Khamis.

Ujar Ally, perpisahan itu tiada kaitan dengan pihak ketiga ataupun konflik besar membabitkan mereka sebaliknya beberapa masalah lain yang datang secara berperingkat sehingga gagal untuk diselesaikan.

Katanya, mereka berdua pernah mengimpikan untuk menjadi pasangan bahagia dalam rumah tangga tetapi sayang sekali ia tidak dapat dilaksanakan seperti dirancang.

Malah ujar Ally lagi keluarganya turut bersedih dengan peristiwa itu lebih-lebih lagi mereka amat gembira semasa majlis pertunangan yang diadakan sebelum ini.

“Saya tak nafikan masalah ini meninggalkan kesan besar buat saya dan ia amat menyedihkan. Daripada dibiarkan melarat, lebih baik keputusan (memutuskan pertunangan) dibuat secara baik,” katanya.

Bagaimanapun ujar Ally, dia dan Nur Aishah masih berkawan baik dan tiada permusuhan di antara mereka.

Katanya, buat masa ini dia mahu memberi perhatian terhadap tugasnya sebagai pengacara TV3 dan enggan terlalu memikirkan masalah itu. via Mstar Online.

Sumber : http://www.budiey.com/ally-iskandar-sah-putus-tunang/

2:27 AM | 0 comments

Nora J Sibuk Buat Biskut "Secukup Rasa"


Seperti tahun-tahun sebelum ini, penyanyi Nora yang kini dikenali dengan nama Nora J akan sibuk dengan perniagaan biskut rayanya. Menggunakan nama ‘Secukup Rasa’, Nora menyediakan pelbagai jenis biskut raya kegemaran ramai pada harga berpatutan.

Menurut Nora yang ditemui baru-baru ini, tahun ini dia mengambil tempahan sehingga minggu kedua Ramadhan. Selain itu, dia juga bercadang untuk menambah beberapa resipi baru untuk koleksi biskut rayanya.

“Buat masa ini saya sedang memikirkan beberapa resipi biskut istimewa. Jika ada nanti saya akan promosikan di blog ‘Secukup Rasa’, http://norasecukuprasa.blogspot.com. Sekarang kita ada Biskut Arab, Cornflakes, Tat Nenas, Biskut Cip Coklat, Almond London, Biskut Mentega Kacang, Biskut Kurma, Semperit dan biskut paling popular Chocolate Almond Shortbread.

Selain itu, saya juga menyediakan hamper raya untuk dijadikan buah tangan. Hamper-hamper ini berharga RM40 hingga RM500. Bergantung kepada jenis biskut, saiz dan bekas yang digunakan. Kalau ada yang berminat, bolehlah menghubungi talian 03 - 7875 5449 (Isnin hingga Jumaat 9.30 pagi - 5.00pm, atau emailkan kepada secukuprasanora@gmail.com.” ujar Nora.

Rahsia Kurus

Sementara itu, GUA juga sempat bertanya tentang rahsia atau petua Nora kembali langsing. Jelas penyanyi ini, dia mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam diet hariannya.

“Saya turunkan berat badan bukanlah semata-mata untuk kecantikan, tetapi lebih kepada faktor kesihatan. Sebelum mula berdiet, saya dapatkan nasihat doktor dulu. Pada minggu pertama memang rasa susah, sebab perut mudah lapar apabila saya tidak makan nasi. Tetapi selepas beberapa minggu, saya dapat sesuaikan diri. Saya banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan sepanjang tempoh berdiet ini. Dalam masa empat bulan, saya telah hilang kira-kira 10 kilogram,” ujar Nora dalam nada gembira.

Buat peminat Nora, penyanyi kesayangan anda ini sedang dalam perancangan untuk muncul dengan album solo terbaru. Album yang turut memuatkan lagu popular, Samudera ini sudah pun siap 95 peratus. Jelas Nora, kalau boleh dia mahu lancarkan selepas Aidilfitri ini.

Sumber : http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/Nora_J_Sibuk_Buat_Biskut_Secukup_Rasa.html
1:56 AM | 0 comments

Album Kompilasi Lagu Raya Terbaru

Written By PERSEPSI ANDA on Thursday, August 4, 2011 | 11:35 PM

Warner Music Malaysia muncul dengan 4 buah album kompilasi lagu raya, khas buat korang yang suka layan lagu raya.

Album Raya

EID MUBARAQ

Warner Music kini telah mengeluarkan sebuah album raya yang lain daripada yang lain, berjudul “Eid Mubaraq”. Album ini merupakan sebuah album kompilasi lagu-lagu nasyid raya dan ramadhan mala segar. Sebanyak 34 buah lagu yang dimuatkan dalam album ini dengan menampilkan artis-artis seperti Raihan, Rabbani, Ramli Sarip, Nowseeheart, Ajai, Aris, Yasin, Ayai, M. Nasir dan 2 kumpulan nasyid wanita iaitu Al Mizan dan Hidayah. Tidak lupa juga, Sharifah Aini dan Uji Rashid. Marilah kita sama-sama ceriakan hari raya ini dengan EID MUBARAQ yang boleh didapati di pasaran dalam bentuk cakera padat hanya dengan harga RM 27.90 sahaja!

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini:

DISC 1
TAKBIR
DI AMBANG SYAWAL – RABBANI
LEBARAN INI – RAIHAN, NOWSEEHEAT, REM & AJAI
HARAPAN RAMADHAN – MAN BAI RAIHAN
GEMA TAKBIR – RAIHAN & NOWSEEHEART
LAILATUL GADAR – RAIHAN
MULIANYA RAMADHAN – REM
KE DESA – NOWSEEHEART
HARI RAYA UNTUK SEMUA – RAIHAN & NOWSEEHEART
IKTIBAR RAMADHAN – AMIR PEARL
SATU PADI DI HARI RAYA – RAIHAN & NOWSEEHEART
RINDU AIDILFITRI – AJAI
TAQWA IMAN – RAIHAN & S JIBENG
ANTARA 2 CINTA – RAIHAN
DARI TUHAN – AWIE & RAIHAN
PERMAIDANI – ARIS
PERTAMA RAMADHAN INI – SHAMRIN

DISC 2
TAKBIR
DENGAN BISMILLAH – UJI RASHID
MINAL AIDIL WAL FAIZIN – S AINI
TANGANKU HULUR MAAF KU POHON – AL MIZAN
BERSYUKUR – AL MIZAN
SERUAN SUCI – AL MIZAN
SELAMAT BERHARI RAYA – AL MIZAN
TIADA YANG KEKAL MELAINKAN ALLAH – HIDAYAH
HARI MULIA HARI BAHGIA – HIDAYAH
TETAMU SEJA – ARIS
DOA – ILUSI
KEAGUNGAN TUHAN – ILUSI
ESOK HARI RAYA – YASIN
KESEDARAN HATI – AL MIZAN
DUNIA DAN AKHIR – AL MIZAN
KAU YANG SATU – RAMLI SARIP
RAIKAN CINTA – M NASIR

Album Raya

GEMA AIDILFITRI

Raya datang lagi! Warner Music kini telah mengeluarkan sebuah album raya berjudul “Gema Aidilfitri”. Album ini merupakan sebuah album kompilasi lagu-lagu raya yang belum dikegorikan sebagai klasik tetapi bakal menjadi lagenda atas permintaan ramai dan semakin banyak dikeudarakan pada musim hari raya sebelum ini. Album yang memuatkan sebanyak 28 buah lagu ini menampilkan artis-artis terkenal seperti Jamal, Azlina, Uji Rashid, Jay Jay dan ramai lagi. Jangan lepaskan peluang untuk menceriakan hari raya anda dengan GEMA AIDILFITRI yang boleh didapati di pasaran dalam bentuk cakera padat dengan harga RM 27.90 sahaja hanya dari Warner Music!

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini:

Disc 1
Takbir Raya
• Bergembira Di Hari Raya – Jamal, Uji, Hail Amir, Khadijah , Azean
• Gema Takbir – Uji Rashid
• Indahnya Beraya Di Desa – Azlina Aziz
• Senandung Hari Raya Untnk Mu– Dayangku Intan
• Salam Aidilfitri – Jamal Abdillah
• Lambaran Aidilfitri – Jamal & Saleem
• Gurindam Di Pagi Syawal – Jay Jay
• Gembira Bersama Di Hari Raya – Othman Hamzah
• Salam Dunia – M Nasir
• Riang Ria – Ahli Fiqir
• Seri Hari Raya – Sweet Charity
• Pengertian Hari Raya – Uji & Hail
• Hari Raya Bahgia – Jay Jay
• Hari Ini Hari Raya – Iwan , Amelina, Cici Faramida, Sheeda

Disc 2
Takbir Raya
• Sampaikan Salamku Di Hari Raya – Jamal Abdillah
• Tanganku Hulur Maaf Ku Pohon – Al Mizan
• Selamat Berhari Raya – Al Mizan
• Syawal Menjelang – Ramli Sarip
• Bingkisan Utk Perwira – Khadijah Ibrahim
• Maafkan Segala Keterlanjuran – Jamal
• Rindu Di Aidilfitri – Ajai
• Dari Jauh Ku Pohon Maaf – Jamal Abdillah
• Sabarlah Sayang – Iklim
• Pertemuan Di Hari Raya – Amelina & Sheeda
• Takbir Rindu – Iwan
• Suasana Di Hari Raya – Amelina
• Kurniaan Di Hari Raya – Feminin
• Satu pagi di hari raya – Raihan

Album Raya

HARI YANG MULIA

Raya kembali lagi! 32 buah lagu-lagu hari raya kegemaran sepanjang zaman telah disatukan dalam album raya kali ini yang berjudul “Hari Yang Mulia”. Album ini merupakan sebuah album kompilasi lagu-lagu raya klasik yang menampilkan artis-artis seperti P.Ramlee, Saloma, Sudirman, Sharifah Aini, Uji & Hail, Sanisah Huri dan ramai lagi. Terdapat beberapa lagu yang dirakamkan dalam era 60-an, ini sangat klasik! Turut menampilkan lagu-lagu hari raya terbaru daripada Sheila Majid, ‘Balik Kampung’ daaripada Sudirman dan sebuah lagu raya balada daripada Khairil Johari Johar’s, `Sepasang kurung biru’. Bagi peminat-peminat lagu-lagu klasik, jangan lepaskan peluang untuk menceriakan hari raya anda dengan HARI YANG MULIA yang boleh didapati di pasaran dalam bentuk cakera padat dengan harga RM 27.90 sahaja, juga VCD Karaoke (lagu-lagu terpilih sahaja) dengan harga RM20.90 sahaja, hanya daripada Warner Music Malaysia!

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini:

1. Dendang perantau – P.Ramlee
2. Selanat Hari Raya – Saloma
3. Dari Jauh kupohon maaf – Sudirman
4. Bila Takbir Bergema – Rafeah Buang
5. Selamat hari Raya – Fazedah Joned
6. Aidifitri – Sanisah Huri
7. Seloka Hariraya – Uji & Hail
8. Balik kampung – Sudirman
9. Cahaya aidilfitri – BDB
10. Suasana hariraya – Sharifah Aini
11. Selamat hariraya- Ahmad Jais
12. Suasana riang di hariraya – Junainah
13. Hari mulia- Sheila Majid
14. Selamat berhariraya – Rahimah Rahim
15. Kepulangan yang di nanti – Aman Shah
16. Menjelang hariraya – D.J. Dave
17. Bersabarlah Sayang – Sanisah Huri
18. Sepasang kurung biru – Khairil johari johar
19. Di pagi aidilfitri – Rosemaria
20. Hari yang mulia – Sharifah Aini
21. Doa di hari mulia – uji rashid
22. Suasana di hariraya- Anuar dan ellina
23. Bersama di hari raya – Cenderawasih
24. Suara Takbir – D.J.Dave
25. Pulang di hari raya – Noorkumalasari
Dan banyak lagi….

Album Raya

SATU SYAWAL SATU MALAYSIA

Raya kembali lagi! Buat kali pertama lagu-lagu hari raya daripada P.Ramlee, Saloma, M. Nasir, Jamal Abdillah, Sudirman, Azlina Aziz, Al Mizan dan Aishah disatukan bersama dalam satu album. Ini merupakan sebuah album kompilasi raya terbaik sepanjang zaman! Sebanyak 32 buah lagu-lagu hari raya kegemaran sepanjang zaman disatukan dalam sebuah album kompilasi raya terbaik ini yang berjudul “Satu Syawal Satu Malaysia”. Sangat klasik! Terdapat beberapa lagu yang dirakamkan dalam era 60-an. Terbaik! Turut menampilkan sebuah lagu hari raya terbaru daripada Johan Raja Lawak. Bagi peminat lagu-lagu sepanjang zaman, jangan lepaskan peluang untuk menceriakan hari raya anda dengan SATU SYAWAL SATU MALAYSIA yang boleh didapati di pasaran dalam bentuk cakera padat dengan harga RM 27.90 hanya daripada Warner Music Malaysia!

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini:

CD1
1. Takbir Raya
2. Satu Hari Di Hari Raya – M.Nasir
3. Selamat Hari Raya – Ahmad Jais
4. Dari Jauh Ku Pohon Maaf – Sudirman
5. Suasana Hari Raya – Sharifah Aini
6. Selamat Hari Raya – Saloma
7. Seloka Hari Raya – Uji Rashid & Hail Amir
8. Kepulangan Yang Dinanti – Aman Shah
9. Suasana Riang Di Hari Raya – Junainah
10. Dendang Perantau – P.Ramlee
11. Di Pagi Aidifitri – Rosemaria
12. Pulang Dihari Raya – Noorkumalasari
13. Bila Takbir Bergema – Rafeah Buang
14. Selamat Berhari Raya – Rahmah Rahim
15. Bersabarlah Sayang – Sanisah Huri
16. Menjelang Hari Raya – Dj Dave
17. Suasana Dihari Raya – Anuar & Ellina

CD 2
1. Takbir Raya
2. Pulanglah – Aishah
3. Ku Pohon Restu Ayah Bonda – Mamat
4. Indahnya Beraya Didesa – Azlina Aziz
5. Salam Aidilfitri – Jamal Abdillah
6. Gurindam Dipagi Syawal – Jay Jay
7. Lambaian Aidilfitri – Saleem & Jamal Abdillah
8. Salam Dunia – M.Nasir
9. Halaman Asmara – Ziana Zain & Awie
10. Hari Raya Bahagia – Jay Jay
11. Aidilfitri – Sanisah Huri
12. Hari Yang Mulia – Sharifah Aini
13. Doa Dihari Raya – Ujid Rashid
14. Cahaya Aidilfitri – Black Dog Bone
15. Musafir Di Aidilfitri – S.Jibeng
16. Selamat Hari Raya – Fazidah Joned
17. Satu Syawal – Johan Raja Lawak (Lagu Baru)

Sumber : http://www.budiey.com/album-kompilasi-lagu-raya/

11:35 PM | 0 comments

Single Terbaru Jinbara NEBUCHAD

Kini Jinbara muncul lagi dengan single terbaru NEBUCHAD. Walaupun menyelitkan unsur modern dalam single terbaru mereka kali ini, Jinbara masih mengekalkan rentak rock klasik, menepati citarasa peminat setia band ini, serta mampu menarik minat peminat muzik generasi muda!

Jinbara sebagai sebuah band yang cukup terkenal dengan lagu “Farhana” ini, kini muncul dengan single terbaru mereka “Nebuchad” di bawah edaran Warner Music Malaysia. Berbeza daripada lagu-lagu mereka sebelum ini, “Nebuchad” menggabungkan ‘rock’ klasik dengan unsur pop modern, menjadikan lagu ini unik dan bakal menarik minat golongan muda disamping peminat setia mereka yang ratanya golongan pertengahan. Selain daripada menampilkan Jinbara dengan imej yang berbeza, “Nebuchad” sekaligus menjadi aset bagi Jinbara meluaskan empayar mereka di arena muzik tempatan. Senilagu dan senikata oleh Kuncidemak, “Nebuchad” walau bagaimanapun masih mengekalkan karakter asal Jinbara sebagai band ‘rock’ klasik tempatan.

jinbara-interpretasi-mental

Seperti kisah cinta hebat antara Romi (Romeo) dan Juli (Juliet), Adam dan Hawa, Laila dan Majnun, kini Jinbara akan berkongsi dengan peminat muzik tanahair tentang kisah percintaan teragung yang dipetik daripada epik cinta zaman klasik Roman. Kalau Shah Jahan telah menghadiahkan Taj Mahal kepada kekasihnya Mumtaz Mahal dan sehingga kini menjadi monument terkenal dunia, “Nebuchad” adalah berkisar tentang percintaan teragung Nebuchadnezzar yang telah membina Taman Tergantung Babylonia sebagai istana cinta yang tidak ternilai buat isteri tercinta, Amytis. Dengan berlatar-belakangkan Babylonia, lagu ini menggunakan perumpamaan seperti ‘taman babylonia’ dan ‘istana cinta’ bagi menggambarkan keindahan cinta yang Maha Agung. “Nebuchad” turut menyelitkan perihal kesetiaan dalam percintaan menerusi beberapa perumpamaan lain yang dinyatakan pada bahagian verse lagu ini.

VIDEO KLIP NEBUCHAD NEZZAR

Selain daripada watak utama Nebuchadnezzar dan pasangannya Amytis, lagu ini turut menyelitkan karakter kisah cinta klasik Roman lain, Marcus Antony dan Cleopatra, mengimbau memori pendengar pada era kegemilangan Rom suatu waktu dahulu.

LIRIK NEBUCHAD NEZZAR
Senilagu & Senikata: Kuncidemak
Hakcipta Senilagu & Senikata: Onyx Garland Sdn Bhd

Kalau aku Nebuchadnezzar dan kau Amytis ku
Kan ku bina taman babylonia hanya untuk mu

Cinta begitu indah sekali…

# Kaulah oh kekasih pujaan hati ku
Oh kau lah mimpi segala mimpi
Degupan jantung ku membisik nama mu
Kerana rindu ku pada mu

Tiada yang lain tiada yang sama
Yang bisa menakluk istana cinta ku
Oooh… kaulah cinta.

Kalau aku Marcus Antony dan kau Cleopatra ku
Sanggupkah kau menggadaikan semua hanya untuk ku

Cinta begitu indah sekali…

# Kaulah oh kekasih pujaan hati ku
Oh kau lah mimpi segala mimpi
Degupan jantung ku membisik nama mu
Kerana rindu ku pada mu

Bagi penggemar irama rock klasik, juga peminat-peminat Jinbara, jangan lepaskan peluang untuk memuat turun lagu “Nebuchad” sebagai nada dering anda. Bagi Maxis Caller Ringtones, sila tekan *131*167478# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my. Bagi Digi Caller Tunes pula, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT0086298 dan hantar ke 2000 ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones bagi lagu ini pula, sila taip *118*5*2*222535#, dan tekan call/send, ataupun layari http://www.u.com.my, manakala bagi Celcom Call Me Tones, taip *118*85674# dan tekan call/send ataupun layari http://www.channelx.com.my. Selain itu, anda juga boleh layari http://music.ovi.com/my untuk mendapatkan lagu ini!

Jinbara NEBUCHAD

Sumber : http://www.budiey.com/single-terbaru-jinbara-nebuchad/

9:11 PM | 0 comments

Adlin dan Emelda ada anak 5 bulan?

Agak mengempar dan mengejutkan seluruh pemerhati hiburan tempatan. Dimana pasangan Adlin dan Emelda sudah pun mempunyai seorang anak. Tidak diketahui ianya anak angkat atau pun anak kandung. Sebab belum ada lagi khabar atau gambar mengenai anak mereka sebelum ini.

Lagi pula episod Emelda mengandung belum lagi jadi bualan apatah lagi gambar Emelda mengandung. Magik bin ajaib tiba-tiba sahaja mereka dah punyai anak yang berusia 5 bulan tanpa pengetahuan pihak media/peminat. Nama anak itu adalah Edra Rafael.

Tidak tahulah mengapa berita baik dan sememangnya dinanti-nantikan ini menjadi satu rahsia dalam kekeluargaan Adlin dan Emelda. Mungkin mereka tidak mahu mempamerkan anak-anak mereka melihat contoh kepada artis-artis sebelumnya yang tidak mahu mempamerkan keluarga mereka kepada umum. Zzz..

Dalam diam-diam,pasangan selebriti Elmida Rosmila & Adlin Aman Ramlie rupa-rupanya sudah pun mempunyai cinta hati. Namanya, Edra Rafael dan kini dia sudah pun berusia 5 bulan.

Murai Batu dapat tahu pun setelah diberitahu oleh Ketua Editor murai.com.my, Ellyna Ali (Elly) yang berkesempatan menghadiri Majlis Sambut Puasa serta Akikah yang dilakukan oleh produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman di kediamannya di Taman Ukay Perdana, pada malam Jumaat lalu.

Majlis Sambut PUasa itu dibuat sempena kedatangan bulan puasa manakala Majlis Akikah itu dibuat untuk cucu pertamanya, Muhmmad Akid iaitu anak kepada pengarah Shadan Hashim dan Puteri Suraya iaitu anak perempuan sulung Raja Azmi dan pemian badminton negara, Jailani Sidek.


Khabarnya, meriah jugalah majlis tersebut. Siap ada marhaban lagi. Tetamu yang datang pun ramai juga termasuklah Elmida Rosmila dan Adlin Aman Ramlie. Masa itulah Elly terjumpa dengan mereka dan Edra Rafael.

Comelnya Si Edra tu. Lepas tu, tak takut orang pulak tu. Yang penting, Adlin Aman Ramlie tu nampak sayang betul dengan Edra. Anak kecil itu asyik ditatangnya ke sana sini...

Sayangnya, demi menghormati permintaan Elmida Rosmila, Murai Batu tak dapat nak paparkan gambar mereka dengan si kecil yang menjadi buah hati pengarang jantung mereka. [link]


Sumber : http://www.izyan.com/2011/08/adlin-emelda-dah-punya-anak-5-bulan.html

8:55 PM | 0 comments

Shahir AF8 Mahu Berhenti Jadi Penyanyi

Salam Ramadan hari ke-4 untuk semua pembaca. Aduh, cepatnya masa berlalu kan. Harap semua pembaca masih okay dan steady lagi ya. Budiey setakat ni steady lagi laa.

Alamak, Budiey sebenarnya hari ni terlajak tidur la pulak. Patutnya jam 11 pagi tadi, Budiey kena gi Media Prebiu Filem The Zookeeper, tapi bila terlajak tidur, sedar-sedar dah pun jam 10.30 pagi, alamak tak dapat la nak nolongnya. Tu la orang cakap, terlajak perahu boleh lagi kita undur, tapi bila dah terlajak tidur ni, nak undur masa macamana. Jadinya, pagi ni Budiey kena duk rumah je lah ya. Oh ya, petang ni ada satu event interbiu bersama dengan penyanyi Yassin Sulaiman di Viva Home. Nak pergi ke tak pasti lagi. Dan malamnya pula ada Rakaman Mentor Raya 2011 di Plaza Alam Sentral. Budiey rasa nak gi sana la. Musim lepas pun Budiey tak lepas peluang tengok rakaman Mentor Raya ni, kelakar giler.

Lepas mandi, Budiey berehat depan notebook ni, belek-belek berita online. Lalu, terbaca satu berita yang agak menyedihkan juga la. Kesian pun ada. Berita pasal juara AF8, Shahir yang dikatakan mahu mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi sebab ada orang aniaya dia. Budiey terfikir juga, dari dulu lagi, lepas dia keluar dari AF8, macam-macam benda yang tak elok berlaku. Semua tu dugaan sebenarnya, tak nak lah tuduh sape-sape yang dengki dengan kejayaan Shahir yang sanggup Mak Esahkan dia. Ish ish.

Shahir

Ini petikan berita tentang Shahir nak berhenti jadi penyanyi. Tak lama lagi, Shahir akan umum dengan rasminya di satu sidang media.

Shahir (AF8) Berhenti Menyanyi Dakwa Dianiaya

PETALING JAYA: Penyanyi popular Shahir menamatkan misteri kehilangannya selama ini apabila dia membuat keputusan untuk berhenti daripada industri seni dalam waktu terdekat.

Menurut sumber yang juga teman rapat penyanyi lagu Luar Biasa itu, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) tersebut nekad dengan keputusannya kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu.

“Shahir tidak akan menyanyi lagi dan akan meninggalkan terus karier seni ini kerana berasa dirinya telah dianiaya. Saya kasihan dengan nasib yang menimpa Shahir kerana dia masih baru dalam industri seni tetapi sudah mengalami insiden seperti ini,” kata sumber itu yang tidak mahu mendedahkan identitinya kepada mStar Online, Rabu.

Tambahnya: “Apabila sudah berhenti, dia mungkin akan mengikut jejak langkah pemuzik Sham (Kamikaze) yang terlibat dengan majlis-majlis berkaitan keagamaan.

“Setakat ini, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd dan peminat Shahir Fan Club (FC). Dia mungkin akan membuat sidang media kelak untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu ini.”

Beberapa minggu lalu, industri seni kecoh dengan isu Shahir yang dikatakan ‘ghaib’ dan gagal dihubungi oleh pihak media sertapengurusannya. Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman mengakui Shahir berada di kampung iaitu di Kampar, Perak dan sedang berehat. Sebelum ini, Shahir pernah menghilang kerana mengalami masalah kesihatan dan pulang ke kampung beberapa ketika.

Dia juga pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan. Namun pemuda tersebut menafikan perkara itu sebaliknya menganggap hubunganmereka sekadar teman biasa. Pihak mStar cuba mendapatkan Shahir dan keluarganya, namun mereka gagal dihubungi. via Mstar Online.

Sumber : http://www.budiey.com/shahir-af8-mahu-berhenti-jadi-penyanyi/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+budiey+%28Sensasi+Selebriti%29

5:07 PM | 0 comments

Stacy lahirkan album STAY-C


Nantikan album terbaru Stacy iaitu STAY-C. Album ini mengandungi 8 buah lagu iaitu Kasanova, Cemburu, Bosan, Lalai, Kisah Dongeng, Kapsul, Gempur, dan Pelangi Senja. Antara komposer yg terlibat adalah Edry Abdul Halim, Taja, Edry Hashim, Audi Mok, Kuncidemak, dan Omar K.
1:55 AM | 0 comments

Abby maafkan Norman


Aura Hari Raya aka lebaran pun belum lagi terasa, inikan pula aura bazar Ramadhan. Tiada angin tiada ribut salji, Abby Abdai dalam laman Facebooknya telah memohon maaf kepada ksemua yang mengenali diri beliau secara pribadi termasuklah bekas suaminya, Norman Hakim dan juga Memey. Ada juga terselit kat post tu, 'kwn baik', mungkin ehem2 la si tutzz.. Hehe. Baguslah tindakan Abby walaupun hanya di Facebook, kita sebagai manusia haruslah saling memaafi antara satu sama lain, yang sudah tue sudah lah, buka buku baru dan amik pengajaran yang sudah berlaku. :)

Sumber : http://www.izyan.com/2011/07/abby-abadi-maafkan-norman-memey.html
12:54 AM | 0 comments

Takbir Cinta Amy Search dan Yassin

Written By PERSEPSI ANDA on Wednesday, August 3, 2011 | 9:17 PM


Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan ini, Otai Rock, Amy Search telah melancarkan single terbaru berjudul ‘Takbir Cinta’ yang dinyanyikan bersama penyanyi Yassin. Single yang juga merupakan gubahan dan tulisan Yassin itu adalah projek julung-julung kali Amy Search seteleh berpuluh tahun berada di dalam industri muzik.

Mengulas tentang perkembangan terbarunya itu, Amy memberitahu dia sangat teruja dengan single terbaru ini mengharapkan peminat boleh menerima dan menyukai lagu itu.

“Ini adalah lagu pertama saya yang dibuat sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan Aidilfitri. Kalau ikutkan saya memang sudah lama hendak berkerjasama dengan Yassin, tetapi disebabkan kekangan waktu, baru sekarang kami dapat berkolaborasi. Saya pilih Yassin kerana saya suka dengan lagu-lagu gubahannya. Malah, dia juga seorang penyanyi nasyid kontemporari yang baik,” jelas Amy.

“Proses rakaman mengambil masa kira-kira tiga bulan kerana kami melakukan beberapa perubahan bagi mendapatkan hasil terbaik. Saya tidak ada masalah bekerja dengan Yassin kerana kami saling berbincang. Secara peribadi, saya menganggap lagu ini cukup istimewa kerana ia adalah projek pertama saya untuk lagu bergenre Balada Rock World Music, tambah Amy lagi.

Sementara itu, penyanyi yang baru menyambut ulangtahun kelahiran ke 53 ini juga sempat menafikan yang halatuju muziknya telah beralih arah. Jelas Amy, memang sejak kebelakangan ini dia terlibat dengan beberapa kolaborasi yang menjurus kepada lagu-lagu kerohanian dan spiritual, tetapi itu bukan bermakna dia telah melupakan irama rock.

“Untuk lagu-lagu bercorak ketuhanan seperti ini saya hanya lakukan untuk projek-projek tertentu. ‘Takbir Cinta’ ini misalnya, adalah untuk sambutan bulan Ramadhan dan Raya tahun ini. Rasanya tidak salah mencuba sesuatu yang berbeza,” ulas Amy ringkas.

Harap hidup lebih dirahmati

Selain melancarkan single terbaru di restoran miliknya, Cheng Ho, pada petang kelmarin, vokalis kumpulan Search ini juga meraikan sambutan harijadinya yang ke 53. Pujian harus diberikan kepada Amy kerana sambutan harijadinya ini dilakukan dengan cara sederhana. Selain menjemput seorang ustaz untuk memberikan takzirah kepada tetamu jemputan, Amy juga menjemput anak-anak tahfiz bagi sama-sama menyerikan majlis.

Ketika ditanya tentang harapannya di usia 53 tahun, Amy memberitahu dia mengharapkan hidupnya akan lebih diberkati dan dirahmati Allah.

“Dalam usia begini sudah pasti saya mengharapkan Allah akan memberikan lebih banyak hidayah kepada saya. Saya mahu hidup saya lebih dirahmati dan diberkati. Saya mahu lebihkan amalan agama agar cukup untuk dibawa ke akhirat nanti,” ulas Amy.

Ditanya tentang jadual kerjanya pada bulan puasa ini, Amy memberitahu seperti tahun-tahun sebelum ini, dia memilih untuk banyak berehat di rumah.

“Saya kalau di bulan puasa suka duduk di rumah sahaja. Sebabnya pada sebelah malam saya mahu menunaikan solat Tarrawikh di masjid. Kalau ada pun aktiviti, saya perlu memenuhi beberapa undangan berbuka puasa yang dianjurkan oleh beberapa badan korporat. Kalau tidak ke situ, mungkin saya akan luangkan masa untuk berbuka bersama-sama pelanggan di kedai saya ini,” ujar Amy.

Bagi yang berminat untuk berbuka puasa di Restoran Cheng Ho, anda boleh membuat tempahan awal. Untuk minggu pertama Ramadhan, anda layak mendapat diskaun sebanyak 20 peratus.

Harga yang dikenakan untuk Bufet Ramadhan Cheng Ho ialah RM43.90 (dewasa) dan RM20.90 (kanak-kanak) pada hari bekerja. Untuk hujung minggu pula ia berharga RM46.90 (dewasa) dan RM23.90 (kanak-kanak).

Antara menu istimewa yang disediakan ialah Kambing Panggang pada setiap hari Ahad, Rendang Daging, Asam Pedas Ikan Pari, Bawal Tiga Rasa, Sup Tulang, Ikan Goreng dalam Sos Cheng Ho, Sup Rumpai Laut Bersama Tofu, dan pelbagai kuih-muih tradisional.

Untuk tempahan, anda boleh menghubungi talian 03 – 41496094.


Sumber : http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/Takbir_Cinta_Amy_Search_dan_Yassin.html
9:17 PM | 0 comments

Lisa dan Nora mesra


Kedua-dua pelakon ini sama cantik dan sama comel, Lisa Surihani dan Nora Danish memang menjadi pelakon memiliki gaya yang tersendiri. Tapi cuma status mereka sahaja yang tak sama. Jarang lihat mereka berdua digandingkan dalam satu drama/filem, tip top rupanya mereka ni rapat juga yer. Rapat sebagai kawan jak ler, janganlah korang fikir yang bukan-bukan pula, biasalah wanita, suka bermesra-mesra. Kalau lelaki mesra-mesra dengan lelaki, lain dah tue. Kalau perempuan tue lumrah.. :)
8:44 PM | 0 comments

Pengundi baru: Pagi tadi PR, petang ini warganegara


Portal Malaysia Kini ada menyiarkan satu artikel berkaitan seorang pemohon status PR disahkan pemegang mykad dan mengharapkan pihak berkuasa menyiasat kebenaran berita yang dilaporkan. Dikhuatiri ada dalang yang cuba memburuk-burukan kredebiliti SPR dan JPN. Dan jika benar laporan ini, TINDAKAN TEGAS harus diambil segera.

Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.

NONEDia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.


Kuek Ser Kuang Keng
Ogos 2, 11
4:05pm

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/171777
8:17 PM | 0 comments

Persepsi (Pengiklanan)

Written By PERSEPSI ANDA on Saturday, May 7, 2011 | 9:26 PM


PERSEPSI - gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (tentang sesuatu), pan­dangan (menerusi pancaindera), tanggapan: kekuatan imaginasi, kepekaan dan ~nya terhadap alam dan kehidupan memberikan gaya dan pengucapan yg khusus pd karya-karyanya; mempersepsi membuat gambaran (bayang­an) dlm hati atau fikiran tentang sesuatu: objek-objek yg dipersepsi secara visual diterima tanpa soal.
Sumber : Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Blog ini diwujudkan untuk menghimpunkan sebarang artikel di internet untuk tatapan dan olahan pembaca. Pembaca mungkin terdiri dari kalangan yang hanya menggunakannya untuk info atau dari kalangan yang ingin mempergunakannya sebagai idea dalam perjuangan atau dari kalangan yang boleh mengambil tindakan terhadap pandangan yang ditimbulkan. Semoga isi kandungan blog ini ada manfaat kepada pembaca.

Kami mengalu-alukan sebarang kiriman dari anda. Sila hantarkan ke persepsisahaja@yahoo.com

Copyright © 2011 - 2012. PERSEPSI | Apa kata mereka? - Hakcipta Dipelihara | Apa mereka kata? Blog ini adalah kumpulan artikel dari pelusuk internet yang dipetik 100% atau diulas. Kepada semua penulis asal, blogger atau sesiapa saja yang artikelnya dimasukkan di sini, saya memohon kebenaran dan akan "quote" artikel asal serta sumbernya sekali supaya apa yang dimaksudkan adalah asli.
----------------------------------------------------------------
Kami menawarkan pakej pengiklanan di blog ini. Jika berminat sila email kami dengan menyertakan butiran peribadi dan iklan anda.
"Mereka kata PERSEPSI akan menjadi HOT di Malaysia"

PERCUMA**

Promosi Iklan Teks (tempoh sehingga diberitahu)


Saiz 460x60 | 1 sahaja | RM250 sebulan*
PROMOSI RAMADHAN RM150


Saiz 600x100 | 3 sahaja | RM120 sebulan*
PROMOSI RAMADHAN RM60


Saiz 300x100 | 3 sahaja | RM100 sebulan*
PROMOSI RAMADHAN RM45


Saiz 300x175 | 3 sahaja | RM180 sebulan* | Dilihat setiap klik
PROMOSI RAMADHAN RM100


Saiz 145x170 | 6 sahaja | RM120 sebulan* | Dilihat setiap klik
PROMOSI RAMADHAN RM70


Saiz 115x345 | 4 sahaja (2 kiri/2 kanan)| RM120 sebulan*
PROMOSI RAMADHAN RM50


*akan berubah mengikut populariti
**tamat pada bila-bila masa
 
Hubungi Saya
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan di Persepsi.Net, sila hantar ke email persepsisahaja@yahoo.com atau SMS (sahaja) ke 010 618 0881 atau inbox saya di facebook http://www.facebook.com/rizalman.saufi
9:26 PM | 0 comments

Kategori Pilihan

Enter your email address:

Iklan Teks

TOYOTA AVANZA FOR RENT Kota Kinabalu

Price RM 170/Day & Discount for more than 3 days.

For more information please contact:
- 019-8081884 (Andy)


Blog Archives


Total Pageviews

 
 Online Users