Mereka mengatakan Persepsi akan menjadi Wadah Penyampai Internet Paling HOT di Malaysia
Showing posts with label Perkongsian Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian Ilmu. Show all posts

PERSEPSI : Mandi Hadas Guna 'Shower' SAH ATAU TIDAK?

Written By PERSEPSI ANDA on Friday, July 4, 2014 | 12:15 AM

Soalan Assalamualaikum, Ustaz, Adakah sah mandi hadas dengan “shower”? Dengan meratakan air ke seluruh badan sahaja tetapi tidak ada bilangan jirusan. Jika tidak sah, apa yang sepatutnya saya buat. Terima kasih. Hamba Allah yang keliru


Jawapan:

Para ulamak mereka membahagikan perbuatan-perbuatan yang perlu dilakukan di dalam ibadah (solat, puasa, haji, mandi hadas dan sebagainya) kepada dua kategori;

1. Perbuatan-perbuatan rukun

2. Perbuatan-buatan sunat

Perbuatan-perbuatan rukun jika ditinggalkan akan menyebabkan ibadah rosak dan batal. Adapun perbuatan-perbuatan sunat jika ditinggalkan tidaklah menyebabkan ibadah rosak dan batal, akan tetapi akan mengurangkan pahala ibadah.

Bagi mandi hadas/wajib, perbuatan-perbuatan rukun ialah;

1. Berniat mandi hadas

2. Meratakan air ke seluruh badan.

Jika seseorang mandi dengan menyempurnakan dua perkara di atas, sahlah mandi hadasnya. Pertama, ia berniat di dalam hati ketika mandi itu bahawa mandi yang dilakukannya itu adalah bertujuan untuk menghilangkan hadas (bukan mandi biasa). Kedua, ia meratakan air ke seluruh badannya termasuk celah-celah rambut dan kawasan-kawasan yang berlipat di badan. Cara bagaimana ia mandi (sama ada dengan menyelam atau menjirus atau berdiri di bawah shower atau air terjun) tidaklah menjadi syarat asalkan air merata ke seluruh badan (dari hujung rambut hingga ke hujung kaki). Begitu juga, tidak disyaratkan bilangan jirusan tertentu. Jika dengan sekali jirusan sudah dapat meratakan air ke seluruh badan, memadai dengannya. Jika tidak, perlulah diulangi jirusan hingga diyakini air telah sampai ke serata badan. Namun, makruh mandi dengan terlalu banyak air hingga menimbulkan israf (pembaziran). Di dalam hadis, diceritakan bahawa; “Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- mandi dengan hanya segantang air sahaja” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Anas. Lihat hadis ini dalam Bulughul-Maram, bab al-Wudhu’).

Itu adalah had wajib yang mesti dilakukan ketika mandi hadas. Adapun jika ingin mendapat pahala yang sempurna, hendaklah melakukan juga perbuatan-perbuatan yang disunatkan semasa mandi. Menurut mazhab Syafiie, di antara perbuatan yang disunatkan ketika mandi hadas ialah;

1. Membaca Bismillah.

2. Dimulai dengan membasuh kedua tangan.

3.Menggunakan tangan kiri ketika membasuh kemaluan dan ketika menghilangkan najis di badan jika ada.

4. Mengambil wudhuk sebelum mula mandi.

5. Mandi dari atas ke bawah; yakni dari kepala turun ke kaki.

6. Menggosok celah-celah rambut dengan air, kemudian menjirus air ke kepala dengan tiga kali cebukan air.

7. Mandi dari sebelah kanan, kemudian baru kiri, yakni menjirus badan sebelah kanan dahulu, baru sebelah kiri.

8. Mengulangi mandi sebanyak tiga-tiga kali bagi setiap anggota.

9. Menggosok-gosok badan dengan tangan ketika mandi.

10. Menyelati celah-celah jari tangan dan kaki (jika dikhuatiri air tidak sampai tanpa diselati, wajiblah melakukannya).

11. Membaca doa apabila selesai mandi sebagaimana doa selepas mengambil wudhuk.
12:15 AM | 0 comments

PERSEPSI : PERKARA YANG TAK PERLU DIKONGSI DI LAMAN SOSIAL

Persepsi - Mari kita lihat 10 Perkara yang tidak PATUT dikongsi dalam laman SOSIAL

1. Tarikh lahir 

Mendedahkan tarikh lahir korang sangat berisiko tinggi terutama katalah korang punya cardbank hilang atau menjadi sasaran seseorang, haaa mungkin dorang akan gunakan tarikh lahir sebagai kata kunci?

2. Nama ibu 

Korang perlu tahu bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai korang menerusi dalam talian. Bukan setakat talian jek tapi soalan dalam yahoo mesengger pun ada.

3. Alamat rumah 

Tidak perlu rasanya sebarkan alamat kediaman kepada umum sebabnya penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila korang ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.” Take note that sebab aku pun kerap bercuti sana sini.

4. Perjalanan jauh dari rumah.

Status yang memberitahu kornag takde katirumah dalam sesuatu tempoh yang lama tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah  sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.

5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.

6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’. Hati-hatilah ye!

7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan. Malah jangan cuba menjadi desperate apabila putus cinta kelak mengundang perogol bersiri mencari korang.

8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah bahaya sebabnya berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan korang.

9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik korang memberitahu rakan-rakan tentang percutian selepas pulang dari bercuti daripada berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.

10. Gambar di dalam rumah.
Korang mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah dilengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah sangatlah tinggi.

P/s: Pendapat peribadi, bukan semua tentang kita patut di SHARE di dalam facebook mahupun twitter dan kat sini lah letaknya privasi kita untuk keselamatan hari esok. Nak salahkan sape kalau bukan diri sendiri?
12:10 AM | 0 comments

PERSEPSI : 10 Kesalahan Suami Kepada Isteri

Written By PERSEPSI ANDA on Monday, June 30, 2014 | 10:51 PM

Dewasa ini, kita banyak mendengar tentang berita-berita kes penceraian dalam keluarga Islam di Malaysia. Ada yang baru berkahwin tak sampai 2 minggu pun dah bercerai, padahal, bercinta bertahun-tahun.

Maka, kali ini kami ingin berkongsi tentang 10 Kesalahan Suami Kepada Isteri yang banyak dilakukan terhadap isteri, yang mungkin menjadi sebab kepada peningkatan kes penceraian di Malaysia.

1. Tidak Mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri

Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid dan nifas, berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie dan tidak mendidik anak-anak secara Islam. Malah, ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan.

Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak dan  menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dsb. Ini semua adalah kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan pula oleh suami.

Padahal Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Hai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang di perintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintakan”. Al-Quran, Surah At-Tahrim:6

Maka para suami diminta untuk tidak sesekali mengabaikan perkara ini kerana  semuanya akan diminta dipertanggungjawapkan keatasnya. Hendaklah benar-benar mengajarkan agama kepada isterinya, baik dilakukan sendiri atau melalui perantara. Antara lain yang dapat dilakukan adalah dengan menghadiahkan buku-buku tentang Islam dan hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama. Kaset/cd ceramah agama, mengajak isterinya menghadiri majlis-majlis ilmu yang disampaikan oleh orang-orang yang berilmu dsb. Yang paling praktikal, ajaklah solat berjemaah di rumah bersama-sama.

2. Suka Mencari Kekurangan dan Kesalahan Isteri

Dalam satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatirkan akan mendapati pelbagai kekurangan isteri dan kemudian akan mencela isterinya. Malah, suami diminta bersabar dan menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya.

Kerana suami juga mempunyai kekurangan dan celaan seperti sabda Rasulullah: “Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” H.R. Muslim

3. Memberi Hukuman yang Tidak Sesuai Dengan Kesalahan Isteri

Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, antara lain iaitu:
  • Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman. (Sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34)
  • Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie. (Sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq: 1
  • Memukul wajah, mencela dan menghina.
Dalam as-Sunan dan al-Musnan dari Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa dia berkata: “Ya Rasulullah, apakah HAK isteri atas suaminya?

Nabi s.a.w menjawab: “Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan dan tidak menghajar (boikot) kecuali di dalam rumah.” H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani

4. Culas Dalam Memberi Nafkah Kepada Isteri

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 233

Isteri BERHAK mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa sepengetahuan suaminya.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” Muttafaq ‘alaih


5. Sikap Keras, Kasar, Tidak Lembut Terhadap Isteri

Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani

Maka suami hendaklah berakhlak baik terhadap isterinya dengan bersikap lembut dan menjauhi sikap kasar.

6. Kesombongan Suami Membantu Isteri Dalam Urusan Rumah Tangga

Inilah kesalahan yang paling banyak menjangkiti para suami. Padahal lelaki yang paling utama yakni Rasulullah s.a.w tidak segan silu membantu pekerjaan isterinya.

Ketika Aisyah rha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di rumahnya, beliau menjawab: “Beliau membantu pekerjaan isterinya dan jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” H.R. Bukhari

7. Menyebarkan Rahsia dan Aib Isterinya

“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya dan isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” H.R. Muslim

Dalam hadis ini, diharamkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.

8. Sikap Terburu-buru Dalam Menceraikan Isteri

Wahai suami yang mulia, sesungguhnya hubungan antara engkau dan isterimu  adalah hubungan yang kuat lagi suci, oleh kerana Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dsb.

Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah s.a.w teleh bersabda: “Ada 3 perkara yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” H.R. Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani

Memang perselisihan antara suami isteri sering terjadi sehinggakan kadang-kadang mengarah kepada penceraian. Akan tetapi penceraian ini tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian perselisihan ini. Malah, harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, keran kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yang ditimbulkan dikemudian hari.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian dia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” H.R. Muslim


9. Berpoligami Tanpa Memperhatikan Ketentuan Syari’at

Bernikah untuk kali kedua, ketiga dan keempat merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Akan tetapi yang menjadi catatan di sini bahawa sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini telah menerapkannya dengan tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama dan anak-anaknya.

“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.” Al-Quran, Surah An-Nisa: 3

Sikap ini merupakan keadilan yang diperintahkan Allah s.w.t. Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik dan tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, perkara ini boleh menjuruskan kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan anak-anak dan menambah permasalahan keluarga dan juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya dan perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum masuk ke’dalam’nya.

10. Lemahnya Kecemburuan

Para suami membiarkan keelokan, keindahan dan kecantikan isterinya dinikmati dan dipertontonkan oleh orang ramai. Dia membiarkan isterinya menampakkan auratnya ketika keluar rumah, membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki lain. Malah, sebahagian orang bangga kerana telah memiliki isteri yang cantik yang boleh dinikmati ‘pandangan’ kebanyakan orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang sangat mulia, sehingga keindahan dan keelokannya hanya diperuntukkan atau dikhususkan untuk suaminya sahaja dan bukan untuk di’jaja’ kemana-mana pun.

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang BUKAN mahram.

“Ditusukkan kepala seorang lelaki dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” Lihat dalam ash-Shahihah : 226

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w: “Janganlah kalian masuk menemui para wanita.” Lalu seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan Al-Hamwu (kerabat suami)?” Beliau mengatakan, “Al-Hamwu adalah kematian.” Muttafaq ‘alaih

Perhatikan juga ancaman Rasulullah s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri): “Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674

Dan ad-Dayyuts (dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.

Semoga bermanfaat buat kita semua.. InsyaAllah.

Sumber Google
10:51 PM | 0 comments

Kategori Pilihan

Enter your email address:

Iklan Teks

TOYOTA AVANZA FOR RENT Kota Kinabalu

Price RM 170/Day & Discount for more than 3 days.

For more information please contact:
- 019-8081884 (Andy)


Blog Archives


Total Pageviews

 
 Online Users