Mereka mengatakan Persepsi akan menjadi Wadah Penyampai Internet Paling HOT di Malaysia
Showing posts with label Mahkamah. Show all posts
Showing posts with label Mahkamah. Show all posts

Pegawai bakal diambil tindakan tatatertib

Written By PERSEPSI ANDA on Saturday, November 12, 2011 | 8:19 PM

Laporan ketua audit negara 2010 baru-baru ini mendedahkan pengurusan perolehan bagi peralatan Jabtan Rehabilitasi HQE di KK tidak teratur apabila bayaran bagi perolehan tahun 2007.

Sumber : 1 Suara Sabah
8:19 PM | 0 comments

Sentuh Sikit Sudah (18SX)

Written By PERSEPSI ANDA on Monday, August 8, 2011 | 12:39 PM

Rabu lalu polis membawa keluar cebisan mayat wanita dan kanak-kanak warga asing dikerat 15 dari apartment di Taman Kosas, Ampang, Selangor.

Dilaporkan, 3 hari kemudian polis menemui peralatan digunakan untuk mengerat mayat terbabit di rumah dihuni 8 warga Bangladesh, turut ditahan sebagai suspek kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu.

Hemat saya, jarang benar warga Bangladesh terbabit dalam kes bunuh di negara kita. Selama ini mereka kerap diselubungi stigma gemar mengusik perempuan terutama warga Indonesia.

Mereka juga dikenali sebagai kelompok pekerja berdedikasi dan berhijrah ke Malaysia hanya untuk mencari wang. Berikutan itu majoriti mereka dikatakan sanggup makan nasi kosong dan minum air suam semata-mata berjimat untuk mengumpul wang. 

Lebih 3 tahun lalu saya pernah membuat liputan berhubung kes warga Bangladesh tidur bergelimpangan di di bawah jambatan akibat mendakwa ditipu majikan.


Rumusan saya pada waktu itu, kehidupan mereka tempuh sukar namun barangkali kehidupan di negara asal lebih perit.

Mayat dikerat 15 dan kemudian cuba dilupuskan di lubang tandas? Kes itu cukup menarik perhatian saya.

Kes dikategorikan sebagai pembunuhan kejam tanpa sifat perikemanusiaan. Motif kes itu belum lagi dikongsikan pihak polis kerana siasatan masih dijalankan.

Mudahkah mengerat mayat?

Barangkali, jika penjenayah terbabit mempunyai ilmu kedoktoran dan memiliki kelengkapan seperti pisau tajam digunakan di bilik bedah. Kelengkapan sebegitu memudahkan sendi mayat dikerat kemas dan hirisan dilakukan secara mudah.

Jika sebaliknya, penjenayah tidak mempunyai ilmu dan kelengkapan terbabit, bagaimanakah mereka mengerat 2 mayat itu?

Apakah jenis peralatan tajam digunakan oleh mereka? Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah setakat ini belum bersedia mendedahkan perincian  senjata digunakan suspek.

Pisau pemotong daging? Kapak? Gergaji?

Melalui pembacaan, saya difahamkan, di negara barat mayat mangsa pembunuhan juga pernah dikerat, cebisan daging dan tulang kemudian dilupus menggunakan asid hidroklorik pekat.

Dalam kes ini, suspek dipercayai cuba untuk mengambil jalan mudah. Cebisan mayat serta tulang cuba di lupuskan melalui lubang tandas tetapi ternyata tidak berjaya. Tindakan kurang bijak dan kecekapan polis mengesan suspek, menggagalkan usaha itu.

Mayat pasangan anak beranak dikerat itu juga pastinya berlumuran darah. Darah pekat dan cair. Namun berikutan dihimpit perasaan takut, keadaan itu mungkin tidak diendahkan suspek. Misi suspek hanya ingin melupuskan bahan bukti secara pantas di dalam tandas dikongsi 8 penghuni. 

Dimaklumkan, tandas itu juga terlalu kotor dan menjijikkan.

Saya yakin, polis hanya memerlukan masa singkat untuk menyelesaikan kes pembunuhan terbabit. Untuk rekod, biarpun tidak kelihatan begitu gah berbanding penampilan polis negara barat, polis Malaysia diakui antara pasukan terbaik di dunia.

Dijangka, kaedah digunakan mudah, asingkan suspek dan lakukan soal siasat secara berasingan. Melalui percanggahan maklumat dilontarkan semua suspek, akhirnya suspek utama akan dikenal pasti.

Pada hemat saya, semangat warga Bangladesh tidak sekental mana jika dibandingkan dengan semangat warga Aceh. JIka diberkas menyeludup dadah dan wujud bukti jelas sekalipun, lazimnya bermati-matian mereka tidak akan mengaku terbabit. Buatlah apa sahaja, mulut mereka sentiasa terkunci rapat.

Teringat saya kisah sewaktu menemubual pelacur di Bandar Hilir, Melaka.

"Macam mana awak melayan nafsu seks mamat Bangla sekali ramai?," soal saya.

Tanpa berfikir panjang wanita berusia 23 tahun, mendakwa berasal dari Sabah itu menjawab.

"Dia orang ini, belum apa apa lagi, sentuh sikit, dah keluar," jawaban saya terima.

Jika semangat mereka juga lebih kurang sama, kes ini bakal selesai dalam tempoh singkat. Bersama kita mengikuti perkembangan kes ini dan lihat samada telahan saya benar atau sebaliknya.

Sumber : http://www.mazidulakmal.com/2011/08/sentuh-sikit-sudah-bacaan-18sx.html
12:39 PM | 0 comments

Mahkamah: Arah Rais Fail Keterangan Saksi

Written By PERSEPSI ANDA on Thursday, August 4, 2011 | 5:31 AM


June 20, 2011

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi pada Isnin mengarahkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim memfailkan keterangan saksi dalam kes saman beliau terhadap penulis blog berhubung satu artikel yang didakwa memfitnah beliau.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof turut mengarahkan penulis blog itu, Amizudin Ahmad, berbuat perkara serupa selepas mengadakan pertemuan dengan peguam Azad Bashir yang mewakili Rais, dan peguam Gan Chee Wei mewakili Amizudin.

Ketika ditemui pemberita, Azad, berkata mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan keterangan itu sebelum 1 Julai.

Mahkamah sebelum ini menetapkan tiga hari bermula 4 Julai untuk mendengar kes itu.

Pada 31 Jan, Rais memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), berhubung artikel yang disiarkan dalam blog Amizudin, bersama gambar Rais, pada atau sekitar 28 Dis tahun lepas.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk selain perintah terhadap defendan supaya mengeluarkan dari blognya artikel itu dan melarangnya daripada terus menyiarkannya.

Pada 2 Feb lepas, Rais memperoleh injunksi daripada Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Amizudin mengeluarkan artikel yang didakwa memfitnah beliau daripada blog, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Amizudin pada 21 Mac lalu bersetuju berhenti menyiarkan artikel itu.

Dalam kenyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata maksud artikel dalam bahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah beliau.

Menteri itu berkata tulisan itu membawa makna beliau bersalah melakukan jenayah serius merogol dan mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia.

Rais juga berkata tulisan fitnah itu membawa maksud beliau seorang manusia dan/atau pemimpin yang tidak bermoral.

Katanya ekoran daripada penerbitan artikel itu, reputasi beliau sebagai seorang individu dan/atau sebagai seorang profesional di peringkat nasional dan antarabangsa telah tercemar teruk, dan membuat beliau malu dan tertekan.

Amizudin dalam pernyataan pembelaannya mempertahankan tindakannya dengan berkata artikel itu menyatakan apa yang benar berlaku. – BERNAMA

Sumber : http://mynewshub.my/bm/2011/06/20/mahkamah-arah-rais-fail-keterangan-saksi/

5:31 AM | 0 comments

Kategori Pilihan

Enter your email address:

Iklan Teks

TOYOTA AVANZA FOR RENT Kota Kinabalu

Price RM 170/Day & Discount for more than 3 days.

For more information please contact:
- 019-8081884 (Andy)


Blog Archives


Total Pageviews

 
 Online Users