Mereka mengatakan Persepsi akan menjadi Wadah Penyampai Internet Paling HOT di Malaysia

Apa Yang Dimaksudkan Kaunselor Berdaftar

Written By PERSEPSI ANDA on Thursday, August 4, 2011 | 3:36 PM


:: PENGENALAN

Sesuai dengan perkembangan pesat yang berlaku dalam masyarakat Malaysia, profesion kaunseling memerlukan suatu pengawalan yang diiktiraf dengan akta yang tersendiri. Akta 1998 (Akta 580) memberikan kuasa secara sah ke atas pengawal seliaan perkhidmatan kaunselor serta semua aktiviti kaunseling di Malaysia.

Akta Kaunselor ini telah diwartakan pada bulan Mac 1998. Semenjak tarikh tersebut Lembaga Kaunselor telah ditubuhkan (mengikut peraturan undang-undang Malaysia) bertujuan bagi memastikan perlaksanaan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) Lembaga Kaunselor mengandungi seorang Presiden yang dilantik dari kalangan kaunselor berdaftar dan 13 orang ahli lain dari kalangan kaunselor berdaftar dan organisasi kerajaan Malaysia.

:: KAUNSELOR WAJIB BERDAFTAR

Setiap individu dan mana-mana pertubuhan yang menjalankan khidmat kaunseling di Malaysia wajib berdaftar dengan Lembaga Kaunselor. Peraturan ini dikecualikan bagi perkhidmatan yang dijalankan oleh profesional kesihatan seperti ditakrifkan dalam Akta Kaunselor 1998.

:: UNDANG-UNDANG PENDAFTARAN

Peraturan ini terkandung di dalam Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) seperti berikut:

Pendaftaran Kaunselor dan dan Perakuan Amalan jelas dihuraikan di dalam Bahagian IV seksyen 22 (1) (a),(b),(c) dan (2); seksyen 23(1) dan (2) bagi orang perseorangan dan Bahagian V seksyen 33.(1) (a) (b) dan 2(2); Seksyen 34.(a)(b)(c) bagi pertubuhan Pertubuhan Perbadanan yang menjalankan amalan sebagai kaunselor.

22. (1) Tiada seorang pun boleh

  1. mengamalkan atau menjalankan atau mengendalikan atau mengemukakan dirinya sebagai mengamalkan atau menjalankan atau mengendalikan, amalan sebagai kaunselor atau bekerja sebagai kaunselor;

  2. menggunakan gelaran “Kaunselor Berdaftar” atau apa-apa gelaran dalam apa-apa bahasa yang mungkin semunasabahnya ditafsirkan sebagai menunjukkan bahawa dia seorang kaunselor berdaftar; atau

  3. menggunakan atau mempamerkan apa-apa tanda, papan, kad atau reka bentuk lain yang menggambarkan atau menunjukkan bahawa dia seorang Kaunselor Berdaftar,

melainkan jika dia didaftarkan di bawah Akta ini.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

23. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai kaunselor melainkan jika dia memegang suatu perakuan amalan yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) boleh dikenakan prosiding tatatertib di bawah Bahagian VI dan tidak berhak untuk mendapatkan dalam mana-mana mahkamah apa-apa fee, caj atau saraan bagi perkhidmatan kaunselingnya.

:: SIAPA LAYAK BERDAFTAR

Mengikut Bahagian IV Seksyen 24.(1) dan (2) seseorang boleh didaftarkan apabila Lembaga berpuashati bahawa dia:

  1. seorang warganegara Malaysia atau seorang pemastautin tetap Malaysia;

  2. berumur tidak kurang daripada dua puluh satu tahun;

  3. layak dan sesuai didaftarkan sebagai kaunselor; dan

  4. memegang mana-mana kelayakan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).

Pendaftaran sementara dibenarkan di bawah Bahagian IV Seksyen 27. (1) (2) (3) (a) (b) (c) bagi mana-mana orang yang bukan warganegara Malaysia dan bukan juga pemastautin tetap Malaysia yang berhasrat untuk menjalankan amalan sebagai kaunselor di Malaysia.

Sumber : http://www.1pengguna.com/pg/blog/read/131847/apa-yang-dimaksudkan-kaunselor-berdaftar

0 comments:

Post a Comment

"KOMEN untuk MEMBINA. KRITIK biar BERASAS"
PERSEPSI | SUDUT PANDANGAN ANDA

 
 Online Users