Mereka mengatakan Persepsi akan menjadi Wadah Penyampai Internet Paling HOT di Malaysia

PM Dibenar Pulang Selepas Jalani Pembedahan Lutut

Written By PERSEPSI ANDA on Thursday, August 4, 2011 | 2:48 AM


Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak siang tadi dibenarkan pulang selepas menjalani pembedahan lutut kiri, di Hospital Kuala Lumpur.

Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, meninggalkan perkarangan hospital 12.30 tengah hari tadi.

Turut hadir di hospital, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman.

Datuk Seri Mohd Najib dimasukkan ke HKL Isnin lalu untuk menjalani pembedahan kecil arthoscopic setelah cedera ketika bermain futsal.

Beliau dijangka boleh memulakan tugas seperti biasa minggu depan.

Sumber : http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/PM_Dibenar_Pulang_Selepas_Jalani_Pembedahan_Lutut.html

0 comments:

Post a Comment

"KOMEN untuk MEMBINA. KRITIK biar BERASAS"
PERSEPSI | SUDUT PANDANGAN ANDA

 
 Online Users