Mereka mengatakan Persepsi akan menjadi Wadah Penyampai Internet Paling HOT di Malaysia

Persepsi : Kanak-kanak 4 Tahun mati selepes leher dikelar

Written By PERSEPSI ANDA on Tuesday, July 1, 2014 | 7:50 PM

TELUPID: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun mati selepas lehernya dikelar bapa saudaranya dengan parang di restoran milik ibu mangsa di Kampung Gambaron dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt V. Sivanathan berkata lelaki berusia 23 tahun itu yang dipercayai sakit mental menggunakan parang memotong daging untuk mengelar leher Mohamad Khairul Aize Abdullah. Kejadian berlaku kira-kira 6 petang.

Beliau berkata suspek yang merupakan adik kepada bapa mangsa telah memanggil mangsa yang sedang bermain di dalam restoran itu lalu membawanya ke belakang restoran sebelum mengelar leher mangsa.

"Mangsa yang cedera parah telah menjerit kesakitan yang jeritannya disedari  keluarganya. Mereka kemudiannya membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Telupid, namun mangsa tidak dapat diselamatkan, katanya kepada Bernama.

Sivanathan berkata suspek yang tidak melarikan diri selepas kejadian  telah ditahan oleh anggota keluarga mangsa sebelum dia diserahkan kepada polis.

Katanya polis turut menemui sebilah parang yang digunakan untuk mengelar mangsa.

Beliau berkata tidak diketahui punca lelaki itu bertindak demikian dan dia kini direman.

0 comments:

Post a Comment

"KOMEN untuk MEMBINA. KRITIK biar BERASAS"
PERSEPSI | SUDUT PANDANGAN ANDA

 
 Online Users