Mereka mengatakan Persepsi akan menjadi Wadah Penyampai Internet Paling HOT di Malaysia

Pesawat Israel serang Gaza

Written By PERSEPSI ANDA on Thursday, August 4, 2011 | 4:33 AM


KOTA GAZA: Pesawat perang Israel pada awal semalam telah menyerang Semenanjung Gaza, kata beberapa orang saksi.

Serangan udara mensasarkan sebuah terowong dibina di bawah sempadan di antara selatan Semenanjung dan Mesir, berhampiran Rafah, kata beberapa saksi Palestin.
Terdapat tiada kematian dilaporkan dalam serbuan.

Dua letupan juga menggegarkan Kota Gaza. Sumber letupan masih lagi belum jelas.

Seorang jurucakap Israel yang ditanya menolak untuk mengesahkan atau menafikan serangan udara tersebut.

Seorang wanita telah mengalami kecederaan ringan ketika sebutir roket ditembak dari Semenanjung Gaza yang dikawal oleh Hamas terhempas ke selatan Israel pada lewat kelmarin, kata seorang jurucakap tentera sebelum itu.

Terowong rahsia yang dibuat para pejuang sememangnya agak sibuk pada ketika ini disebabkan permintaan yang tinggi untuk barang keperluan asas semasa Ramadan. — AFP

Sumber : http://www.theborneopost.com/2011/08/03/pesawat-israel-serang-gaza/

0 comments:

Post a Comment

"KOMEN untuk MEMBINA. KRITIK biar BERASAS"
PERSEPSI | SUDUT PANDANGAN ANDA

 
 Online Users