SHAH ALAM, 7 Ogos — Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta pihak media menghentikan perbincangan mengenai kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semasa majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama Rabu lalu sehingga laporan lengkap disediakan oleh agensi itu.
Menteri Besar Selangor berkata ini kerana soalan media kadang-kadang agak mengelirukan sehingga boleh menyebabkan timbulnya spekulasi berhubung perkara tersebut.
“Oleh sebab itu saya suruh ia tidak payah dibincangkan, kita hanya akan bincangkan selepas fakta yang lengkap sudah ada dan keputusan dah dapat dilakukan.
“Inilah yang akan menjadi kesibukan yang tidak akan dapat selesaikan masalah sebab fakta tidak ada dan yang ada hanyalah spekulasi,” katanya dipetik Bernama Online.
Terdahulu beliau menyampaikan cek sumbangan berjumlah RM7,000 kepada 298 bekas peneroka bandar Kampung Rimba Jaya, Seksyen 16 di sini.
Khalid berkata isu yang penting ialah Jais telah pergi ke gereja tersebut dan jabatan itu bersetuju untuk membuat laporan lengkap tentang apa yang dilakukan supaya ia dapat dibincangkan.
Justeru beliau menjangka Jais akan mengambil masa yang panjang untuk menyediakan laporan yang lengkap dan teratur berhubung serbuan itu.
Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isu-gereja-mb-selangor-jangka-jais-ambil-masa-lama-sedia-laporan/
0 comments:
Post a Comment
"KOMEN untuk MEMBINA. KRITIK biar BERASAS"
PERSEPSI | SUDUT PANDANGAN ANDA