07/08/2011 14:13:00Polis Narkotik Bukit Aman dan Kontinjen Kedah berjaya menumpaskan rangkaian sindiket pengedaran dadah di sempadan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM6.5 juta.
Kumpulan yang menggunakan kereta mewah itu ditahan di kawasan berasingan dalam sekatan jalan raya dan di premis kediaman.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim Berkata, dalam operasi pertama 9.30 pagi Jumaat lalu, polis menahan sebuah kenderaan di Jalan Changloon.
Hasil pemeriksaan 14 kilogram syabu dijumpai dalam ruang khas kereta itu.
Seorang lelaki bersama isteri dan anaknya ditahan untuk siasatan lanjut.
Ekoran penahanan itu beberapa lagi serbuan dilakukan di dua rumah di Kulim dan pelbagai jenis dadah turut ditemui.
88 slad heroin nombor 4, 1 kilogram heroin nombor 3, ganja 30 kilogram, 16.1 kilogram syabu dan pil WY 1,999 biji dirampas.
Turut dirampas enam kereta mewah, wang tunai RM46 ribu, telefon bimbit dan pasport.
Setakat ini empat lelaki, dua perempuan dan dua remaja masing-masing berusia 14 hingga 46 tahun ditahan.
Sumber : http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Polis_Rampas_Pelbagai_Jenis_Dadah_Bernilai_RM6_5_Juta.html
0 comments:
Post a Comment
"KOMEN untuk MEMBINA. KRITIK biar BERASAS"
PERSEPSI | SUDUT PANDANGAN ANDA